Pengurus Jerman, Joachim Low menyifatkan Kejuaraan Piala Dunia 2018 tanpa juara empat kali iaitu Itali ibarat sebagai satu “bencana” dalam bolasepak.
Beliau menyuarakan pandangan itu sebelum sepak mula di antara Itali dan Sweden. Menurut Loew:
“Kegagalan Itali layak ke peringkat akhir Piala Dunia 2018 adalah kehilangan salah satu aura kemeriahan Piala Dunia.”
Itali mencipta sejarah baru bola sepak apabila gagal mara ke peringkat akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.
Sebelum ini, skuad yang diberi gelaran Gli Azzurri ini tidak pernah gagal ke Piala Dunia sejak tahun 1958.
” Ia akan menjadi bencana bagi Itali jika mereka gagal, tetapi Sweden juga berhak untuk untuk ke Piala Dunia.”
“Bola sepak Sweden berkembang dengan baik saat ini dan mereka mempunyai ramai pemain individu yang baik dan berkualiti.” ujar Joachim Low.
Dengan membawa bekalan 1 gol ke Itali, skuad kendalian Janne Anderson semestinya memiliki semangat, keyakinan dan keazaman yang tinggi untuk memburu slot akhir ke Russia 2018.
Dan mereka berjaya melakukannya di San Siro. Sekaligus membawa pasukan itu kembali ke saingan Piala Dunia sejak kali terakhir pasukan itu layak pada tahun 2006 di Jerman.
Jadi, skuad yang diberi jolokan Blagult (The Blue-Yellow) ini berjaya layak ke peringkat akhir Piala Dunia sebanyak 12 kali.
Pencapaian terbaik Sweden dalam Kempen Piala Dunia pada tahun 1958 di Sweden selepas dinobatkan naib juara kejohanan.
Pada edisi tersebut Brazil telah menjuarainya setelah berjaya menewaskan tuan rumah (Sweden) di pentas akhir dengan keputusan 5-2. Itu juga merupakan kejuaraan pertama Brazil dalam kempen Piala Dunia.
Sepanjang sejarah, Gli Azzuri mereka sebelum ini hanya gagal dua kali ke slot akhir Piala Dunia iaitu pada tahun 1930 di Uruguay dan di Sweden pada 1958 dan apa yang berlaku sebentar tadi adalah satu ‘bencana’.
Untuk Rekod, Itali telah berjaya ke peringkat akhir Piala Dunia sebanyak 18 kali dan dari angka tersebut, Itali berjaya merebut kejuaraan Piala Dunia sebanyak empat kali pada tahun 1934(Itali), 1938(Perancis), 1982(Sepanyol), dan 2006(Jerman).