2 Pemain Indonesia Bakal Ke Selangor ?

Pasukan Selangor dikatakan bakal membawa masuk dua pemain dari Indonesia bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah pemain muda dari skuad kebangsaan Indonesia bawah 23 tahun yang kini beraksi untuk pasukan juara Liga Indonesia, Bhayangkara FC.

Menurut laporan daripada laman web Indonesia, Bolasport.comdua pemain ini difahamkan sudah menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan Selangor musim depan. Hal ini diketahui selepas perlawanan terakhir Liga 1 Indonesia diantara Bhayangkara FC dengan Persija Jakarta di Stadion Patriot Candrabhaga, Bekasi semalam.

“Saya sahkan dua pemain Bhayangkara FC akan ke Selangor. Mereka juga sudah menandatangani kontrak, ” kata sumber yang ingin dirahsiakan namanya kepada BolaSport.com

Menurut sumber tersebut, beliau pernah beraksi dalam saingan Liga Super dan mempunyai ramai kawan di Malaysia.

“Saya punya ada teman di sana. Kamu tahu sepak bola ? Kami saling kenal. Saya juga pernah merumput di Malaysia,” katanya.

Dua pemain yang menjadi khabar angin dari media Indonesia untuk berhijrah ke Selangor ialah Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas.

Dua pemain itu juga dilaporkan sudah mengucapkan salam perpisahan kepada kelab Bhayangkara FC selepas tamat perlawanan Liga 1 Indonesia.

Minggu lepas, Bhayangkara FC dinobatkan sebagai juara Liga 1 Indonesia dengan 56 mata meninggalkan 2 pencabar terdekat, Bali United dan PSM Makassar.

Gambar : Bhayangkara FC Facebook

Difahamkan wakil dari Selangor dan pasukan lain sudah menghubungi sumber tersebut untuk rekomenkan beberapa pemain dari Indonesia yang berpotensi untuk dibawa beraksi dalam saingan Liga Super.

“Pihak dari beberapa pasukan di Malaysia telepon saya untuk meminta rekomendasi.”

“Saya berikan beberapa nama. Tetapi, saya bilang agar dia lebih baik lihat sendiri di Indonesia,” katanya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memperkenalkan tambahan satu lagi slot pemain import untuk pemain dari Asean musim depan. Hal ini menyebabkan beberapa pasukan Liga Super sudah mula merancang untuk memperkuatkan pasukan dengan mengambil pemain import yang kelima.

Baru-baru ini Selangor melepaskan seorang pemain import dari Indonesia yang sudah beraksi selama 4 musim iaitu Andik Vermansah.

Andik Vermansah

Jodoh pemain yang berusia 25 tahun dengan pasukan Selangor itu sudah berakhir apabila beliau disahkan meninggalkan pasukan itu apabila tidak menerima kontrak baharu daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas kontrak sedia adanya sudahpun berakhir November ini.

Walaubagaimanapun, Andik enggan pulang beraksi dalam saingan Liga Indonesia dan mahu terus beraksi dengan mana-mana pasukan Liga Super yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Dikhabarkan pasukan Perak sedang memancing Andik untuk dibawa ke Ipoh.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN