Mane, Salah, Keita, Moses & Aubameyang, Siapa Akan Menjadi Pemain Terbaik Afrika 2017?

‘BBC African Footballer of the Year’ ataupun Pemain Terbaik Afrika kini kembali selepas tahun lalu dimenangi pemain Leicester City dan Algeria, Riyad Mahrez.

Baru-baru ini, BBC melalui laman sesawangnya telah mengumumkan senarai akhir calon-calon pemain terbaik tahun ini.

Barisan panel yang terdiri daripada lagenda bola sepak Afrika iaitu Emanuel Ameneke, pemenang Africa Cup of Nation 2017, Arnaud Djoum, pemain kebangsaan Uganda iaitu Jean Sseninde dan beberapa pemain dari pasukan wanita Crystal Palace.

Jom kita imbas senarai 5 pemain yang dicalonkan bagi merebut anugerah ini:

1. Sadio Mane (Senegal dan Liverpool)

Berusia 25 tahun dan telah dicalonkan dalam anugerah Ballon d’Or. Selain itu, Mane turut meraih gelaran pemain terbaik Liverpool dan diletakkan dalam kesebelasan terbaik PFA.

Bekas pemain Red Bull Salzburg dan Southampton ini diikat Liverpool dengan nilai 34 juta pounds pada 2016 sekaligus menjadikannya antara pemain paling mahal dari benua Afrika.

Beliau dilihat banyak membantu Liverpool dalam penghasilan jaringan dan merekodkan purata jaringan sebanyak 2.2 gol berbanding 1.6 gol tanpa penampilan Sadio Mane.

2. Victor Moses (Nigeria dan Chelsea)

Selepas Michael Essien dan Didier Drogba memenanginya pada 2006 dan 2009 untuk pasukan Chelsea, mampukah Moses mengulangi pencapaian baik ini pada tahun ini pula?

Untuk rekod, kali terakhir pemain kelahiran Nigeria yang berjaya dinobatkan dengan gelaran ini ialah Jay Jay Okocha pada tahun 2004 ketika mewakili Bolton Wanderers.

Pemain yang menjadi kegemaran Antonio Conte di Chelsea ini dilihat memberi impak di bahagian sayap pasukan dan turut beerperanan dalam menghantar Nigeria ke Rusia 2018.

3. Mohamed Salah (Mesir dan Liverpool)

Seorang lagi calon dari skuad Liverpool, Mohamed Salah yang beraksi di bahagian serangan baik di Liverpool mahupun bersama skuad kebangsaannya.

Pernah bersama Chelsea pada 2014, beliau banyak berkelana di Liga Itali sebelum kembali ke Liga Perdana Inggeris 2017.

(Photo by Power Sport Images/Getty Images)

Penampilannya bersama pasukan Mesir sememangnya menghadirkan impak yang maksima apabila beliau berjaya menyumbang 5 dari 7 gol pasukannya di peringkat kelayakkan zon Afrika, seterusnya menghantar Mesir ke Rusia selepas kali terakhir pada tahun 1990.

4. Naby Keita (Guinea dan RB Leipzig)

Pemain paling muda di antara calon-calon yang disenaraikan, Keita yang berumur 22 tahun dan beraksi di posisi tengah dilihat banyak memberi impak kepada skuad RB Leipzig sepanjang musim 2016-2017.

(Photo credit: ROBERT MICHAEL/AFP/Getty Images)

Antara ‘moment’ yang paling diingati ialah ketika pemain ini baru di bawa masuk kurang dari 5 minit, beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Borussia Dortmund menjadikan ‘debut’ yang paling cemerlang sepanjang kariernya.

5. Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon dan Borussia Dortmund)

Pemain yang sinonim dengan Bundesliga dan diangkat antara penyerang terbaik dalam liga domestik Jerman apabila berjaya menjaringkan 31 gol dari 32 perlawanan pada musim lalu.

Selain Sadio Mane, beliau turut dicalonkan sebagai pemenang Ballon d’Or dan telah merangkul CAF Footballer of the year bagi tahun 2015.

Undian secara ‘on-line’ telah mula diaktifkan dan anda boleh mengundi melalui laman sesawang BBC. Tarikh akhir untuk mengundi adalah pada 27 November dan pemenang akan diumumkan pada 11 Disember 2017 di saluran radio BBC dan BBC World TV.

Untuk makluman, anugerah BBC player of the year adalah berbeza dari anugerah CAF player of the year, walaubagaimanapun, pada tahun 2016, kedua-dua anugerah telah sepakat memilih Riyad Mahrez sebagai pemenangnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN