Pemain Chelsea, Victor Moses beranggapan rakan sepasukannya, Cesar Azpilicueta memainkan peranan yang penting dalam usaha beliau bagi menyesuaikan diri sebagai pemain sayap bertahan sejak musim lalu dibawah kendalian Antonio Conte.
Karier pemain antarabangsa Nigeria ini di Stamford Bridge berubah selepas Conte memilih untuk meletakkannya di posisi pemain sayap bertahan pada awal musim lalu dan menjadi sebagai antara kunci kepada kejayaan Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2016/17.
Sebelum itu beliau lebih banyak dipinjamkan ke pasukan Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool, Stoke City dan West Ham United.
Di samping kejuaraan liga sulung beliau bersama Chelsea musim lalu, Moses turut membantu Nigeria menjadi negara Afrika pertama yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia.
Pemain berusia 26 tahun ini juga telah dicalonkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).
Dalam satu temubual bersama Goal, beliau menyifatkan apa yang dilaluinya ketika ini adalah sangat hebat.
”Ya, ianya sangat hebat,” jelas Victor Moses kepada wartawan. ”Saya gembira dengan posisi yang saya mainkan sekarang ini. Pengurus dan rakan sepasukan saya sangat membantu dan mereka sering memberikan dorongan kepada saya.”
”Ini menunjukkan betapa saya bekerja keras tetapi ianya bukanlah sekadar mengenai pencalonan ini namun untuk memenanginya (anugerah). Apa sahaja keputusannya, saya tahu saya sudah melalui musim yang hebat bersama kelab dan juga pasukan kebangsaan.”
Dalam masa yang sama, Moses turut memperlihatkan bahawa Cesar Azpilicueta sebagai individu yang begitu mempengaruhinya untuk menyesuaikan diri dengan posisi baru yang buat beliau.
”Saya perlu katakan Azpilicueta (memberikan pengaruh yang besar) buat saya,” Moses mengakui keadaan tersebut. ”Dia memainkan peranan yang cukup besar dalam perkembangan prestasi saya ketika bertahan.”
”Dia sentiasa dibelakang saya, sentiasa bercakap dan mengingatkan supaya saya berada di kedudukan yang betul. Bila masa yang sesuai untuk naik keatas dan juga kekal bertahan.”
”Dia memahami saya. Kami membina gandingan yang sangat baik.”
”Sebagai pemain pertahanan, dia mempunyai segalanya. Dia seorang yang laju, mempunyai keghairahan terhadap permainan. Dia juga hanya mahu bermain bola sepak. Azpilicueta tidak pernah penat. Dia akan berlari setiap minit dan dia mahu beraksi di semua perlawanan.”