Kembalinya Kuasa Bola Sepak Afrika Utara Dan Afrika Barat Ke Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 semakin menarik. Ini selepas negara Arab Mesir kembali layak ke Piala Dunia selepas 27 tahun, tidak lama selepas itu giliran dua lagi negara Arab-Berber iaitu Tunisia dan Maghribi kembali ke pentas Piala Dunia.

Maghribi kembali ke Piala Dunia selepas menewaskan gergasi Afrika iaitu Ivory Coast dengan jaringan 2-0 di tempat lawan manakala Tunisia layak selepas terikat 0-0 dengan sebuah lagi negara Afrika Utara iaitu Libya.

Moscow 2018 bakal menjadi kemunculan kali pertama Maghribi pada abad ke-21 selepas kali terakhir layak ke pentas dunia 19 tahun lalu iaitu pada edisi Perancis ’98.

Tunisia yang sebelum ini kerap menjadi pasukan ‘regular’ ke Piala Dunia (1978,1998,2002,2006) sebelum terkandas di pusingan kelayakan dua edisi Piala Dunia lalu.

Kini Tunisia bakal membuat penampilan semula ke pentas Piala Dunia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2006 iaitu tiga edisi Piala Dunia yang lalu.

Akhir sekali, jangan dilupa pasukan Senegal yang pernah melakukan kejutan ke atas juara dunia perancis dalam Piala Dunia 2002, kini kembali layak ke Piala Dunia 2018 bersama-sama sebuah lagi negara Afrika Barat iaitu Nigeria.

Kejayaan 5 wakil Afrika kali ini sekaligus menafikan peluang buat Juara Piala Negara-Negara Afrika 2017 iaitu Cameroon untuk meneruskan tahun gemilang bola sepak mereka.

Kejayaan Senegal mara sejauh peringkat suku akhir Piala Dunia 2002 sama gahnya dengan kejayaan Korea mara ke separuh akhir Piala Dunia edisi yang sama.

Pada ketika itu Senegal dibarisi pemain kurang ternama iaitu El Hadji Diouf, Papa Bouba Diop, Salif Diao dan Khalilou Fadiga.

Nama mereka menjadi sensasi selepas Piala Dunia dan berjaya memikat kelab-kelab ternama Eropah. Kini Senegal kembali layak ke Piala Dunia 2018 bersama-sama sebuah lagi negara Afrika Barat iaitu Nigeria

Ironinya kelima-lima buah negara Afrika yang layak ini adalah merupakan negara Islam Afrika. Majoriti pemain Mesir, Tunisia dan Maghribi adalah beragama Islam dan sebahagian pemain Nigeria dan Senegal juga merupakan pemain beragama Islam.

Pada kejohanan kali ini para pemain yang beragama Islam tidak lagi menghadapi cabaran untuk bermain dalam bulan Ramadan seperti yang dihadapi ketika kejohanan Piala Dunia 2014.

Ini kerana kejohanan Piala Dunia pada kali ini hanya akan bermula pada 14 Jun 2018, iaitu sebulan selepas bulan Ramadan yang dijangka akan disambut oleh umat Islam pada 14 Mei 2018 dan diikuti oleh Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 14 Jun 2018.

Mungkinkah kita akan menonton Pembukaan Piala Dunia pada malam hari raya pertama? Hal ini adalah merupakan sesuatu yang menarik untuk dinantikan.

Pasukan Afrika kini tampil dengan kekuatan yang lebih meyakinkan berbanding dengan edisi Piala Dunia yang lalu. Mereka membariskan bintang-bintang utama daripada kelab-kelab utama Eropah. Bagaimanakah pula dengan pendapat anda?

Mampukah wakil Afrika pada edisi kali ini mampu pergi lebih jauh atau menyamai rekod Asia (Korsel) yang berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002?

Untuk rekod, hanya wakil benua Amerika Selatan, Eropah dan Asia sahaja yang pernah mara hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia manakala benua Amerika Selatan dan Eropah memonopoli pentas akhir Piala Dunia bagi setiap edisi.

Jerman merupakan pasukan pertama luar Amerika Selatan berjaya memenangi Piala Dunia di bumi Amerika Selatan iaitu pada edisi 2014 di Brazil.

Nota Editor: Artikel ini asal adalah tulisan penulis sukan bebas Hairi Mohd dan telah diberikan kebenaran untuk diterbitkan di semuanyaBOLA. Ikuti facebook Hairi Mohd untuk lebih  banyak kupasan bola sepak dalam dan luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN