Ibrahimovic Buang Ego Akui Sweden Lebih Baik Tanpa Beliau, Buat Apa Nak U-Turn?

Sky Sports Italia menemuramah Zlatan Ibrahimovic sebelum perlawanan Itali menentang Sweden sebelum ini. Mereka bertanya sama ada Ibrahimovic masih ada perancangan untuk kembali ke dalam pasukan kebangsaan sekiranya dipanggil?

Jurulatih Sweden, Janne Andersson memberitahu yang beliau membuka pintu kepada semua pemain termasuk Ibrahimovic.

Namun penyerang Manchester United itu menolak sebarang kemungkinan akan kembali semula ke pangkuan skuad Sweden. Beliau lebih fokus kepada proses untuk pulih sepenuhnya dan kembali semula ke padang secepat mungkin.

“Saya tak terfikir langsung tentang (pasukan) Sweden ataupun Piala Dunia. Saya cuma fikirkan tentang untuk kembali cergas sepenuhnya dan beraksi semula secepat mungkin.”

SOLNA, SWEDEN – NOVEMBER 10: Jakob Johansson of Sweden celebrates after scoring the opening goal with his team mates during the FIFA 2018 World Cup Qualifier Play-Off: First Leg between Sweden and Italy at Friends Arena on November 10, 2017 in Solna, Sweden. (Photo by Claudio Villa/Getty Images)

“Cerita saya dengan pasukan kebangsaan dah tamat. Saya lihat mereka bermain lebih baik tanpa saya. Ini kerana, tanpa saya, tekanan untuk pasukan Sweden lebih rendah.”

“Sebelum ini, apabila saya berada dalam pasukan Sweden, ada orang mengharapkan pasukan itu menang Piala Dunia ataupun Euro.”

“Jadi, kini mereka akan beraksi lebih baik tanpa tekanan kerana mereka tidak perlu buktikan apa-apa.”

“Kalau anda nak dengar ego saya, sudah pasti saya akan cakap pasukan ini lebih baik dengan adanya saya. ”

“Hakikatnya, pasukan ini bermain sangat baik setakat ini. Mereka menamatkan saingan di tangga ke-2 dalam kumpulan sukar, mengatasi Belanda dan mara ke play-off.”

“Kekuatan utama pasukan ini adalah secara berkumpulan bukan individu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN