Gazetta Dello Sport salah satu media elektronik berpengaruh bukan sahaja di Itali, malah dari seluruh dunia. Semalam selepas kekalahan tipis Itali di tangan Sweden.
Laman digital tersebut mengadakan satu undian untuk melihat sejauh mana keyakinan penyokong Itali kali ini kepada skuad Gian Piero Ventura.
Ternyata hasil undian agak mengecewakan. Sebanyak 75% (74.6%) undian menyatakan mereka tidak yakin Itali akan menang ke atas Sweden dalam perlawanan kedua di San Siro.
Sebelum ini, Gian Piero Ventura menyalahkan pengadil sebagai punca pasukan mereka kalah kepada Sweden dalam perlawanan pertama.
Penyokong Itali risau dengan isu kreativiti pasukan Itali untuk mengatasi pasukan yang bertahan dengan disiplin tinggi seperti Sweden.
Sejak awal lagi, agak ramai penyokong Itali kurang yakin dengan Gian Piero Ventura yang dilihat mengambil masa terlalu lama untuk menstabilkan pasukan Azzurri.
Ventura memiliki unit pemain-pemain yang lebih baik berbanding dengan yang dimiliki oleh Conte dan Cesare Prandelli sebelum ini.
Itali diundi dengan Sepanyol dalam pusingan kelayakan awal. Namun mereka dibezakan 5 mata daripada Sepanyol dalam kumpulan G.
Beberapa isu taktikal kerapkali dibangkitkan oleh pemerhati bola sepak di Itali tentang skuad Ventura.
Masih ada 90 minit lagi untuk Itali berjuang. Dan mereka masih lagi pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan ini. Kami yakin penyokong Itali di Malaysia pastinya tidak rela melihat Azurri terlepas penerbangan ke Rusia.