Hope Solo Dedah Cerita Diraba Sepp Blatter Ketika Majlis Ballon d’Or 2013

Baiklah, berat tuduhan yang dikeluarkan ini.

Penjaga gol jelita yang berasal dari Amerika Syarikat, Hope Solo telah mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan semua pihak mengenai insiden yang pernah dilalui beliau pada 2013.

Beliau mendedahkan yang dirinya pernah diraba oleh bekas Presiden FIFA iaitu Sepp Blatter ketika kedua-dua individu itu sedang berada di majlis anugerah Ballon d’Or anjuran FIFA pada 2013.

Sudah jadi normal

Perkara yang mengejutkan ini dinyatakan oleh Solo ketika bercakap untuk sebuah media di Portugal.

Menurut laman The Guardian, Solo mengatakan beliau telah diraba oleh Blatter ketika sebelum kedua-dua individu itu muncul di atas pentas untuk menyampaikan anugerah Pemain Wanita Terbaik Dunia FIFA.

“Blatter telah meraba saya di punggung sebelum kami berdua naik ke atas pentas.”

Menurut Solo, beliau memilih untuk terus tenang dan fokus dengan majlis penyampaian anugerah yang diterima oleh rakan sepasukan beliau dalam skuad kebangsaan iaitu Abby Wambach dan tidak mahu melakukan kekecohan.

“Saya nyata terkejut dengan apa yang berlaku kepada saya ketika itu.”

“Saya kemudiannya memilih untuk fokus kepada Wambach kerana saya ingin menyampaikan hadiah yang paling hebat dalam kariernya. Saya mahu raikan saat-saat itu bersama beliau!”

Hope Solo & Sepp Blatter ketika majlis Ballon d’Or 2013

Blatter menerusi jurucakap beliau telah menafikan kisah yang diceritakan oleh Solo.

Menurutnya, ia merupakan satu tuduhan yang mengarut dan tidak berasas.

Solo nyata kecewa dengan apa yang dihadapi beliau dan juga para pemain bola sepak wanita.

Baginya, isu meraba atau gangguan seksual ini seolah-olah telah menjadi satu perkara lazim dalam bola sepak.

“Saya sudah memikirkan perkara ini sejak beberapa hari yang lalu mengenai situasi sukar yang kami sebagai pemain bola sepak wanita perlu lalui.”

“Kami memperoleh pelbagai komen-komen yang tidak senonoh, diraba malah menerima gangguan seksual dari jurulatih, doktor, pengurus pasukan dan juga para pegawai media.”

Bagi Solo, beliau nyata kecewa dengan apa yang berlaku. Baginya, perbuatan meraba dan gangguan seksual ini seolah-olah sudah menjadi perkara lazim dalam dunia bola sepak.

Beliau berharap perkara ini bakal berakhir satu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN