Video: Golazo Kaki Kanan Marcelo Beri Kemenangan 3-1 Brazil Ke Atas Jepun

Tiada apa yang mengejutkan apabila Brazil mudah menewaskan Jepun 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stade Pierre-Mauroy semalam – kecuali golazo kaki kanan Marcelo dan sidang media Brazil selepas perlawanan yang menyaksikan Neymar menangis.

Penalti Neymar pada minit ke-10, golazo Marcelo pada minit ke-17 dan gol tampanan jarak dekat Gabriel Jesus pada minit ke-36 ternyata sudah cukup buat Brazil untuk mengutip 32 mata (daripada 36 mata maksimum) di bawah kendalian ketua jurulatih Tite.

Tite menggantikan Dunga yang dipecat selepas hanya 6 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 zon CONMEBOL.

Biarpun Jepun cuba bangkit menerusi gol pertahanan Urawa Red Diamonds, Tomoaki Makino yang menanduk masuk sepakan sudut Yosuke Ideguchi pada minit ke-63, Brazil terlalu kuat untuk digugat.

Jepun turut mempunyai gol Kenyu Sugimoto pada minit ke-88 yang dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Tetapi tumpuan media dalam perlawanan persahabatan ini adalah kepada Neymar. Biarpun menjaringkan gol penalti pada minit ke-10, 5 minit kemudian Neymar menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol Jepun yang bermain untuk FC Metz, Eiji Kawashima.

Ketika dalam sidang media seleps perlawanan, Neymar menangis selepas mendengar kata-kata Tite yang mempertahankannya selepas media Brazil bertanya soalan mengenai laporan media bahawa Neymar tidak gembira di PSG dan ‘menyesali’ keputusannya meninggalkan Barcelona.

https://twitter.com/adowniebrazil/status/928950282825949184

Neymar menafikan dakwaan laporan tersebut.

“Saya dialu-alukan di PSG. Semua orang melayan saya dengan baik,” katanya. “Berpindah ke tempat baru sentiasa membawa cabaran. Ia mengambil masa. Tetapi cara PSG melayan saya membuatkan adaptasi saya di Paris menjadi pantas.”

Neymar turut memberitahu beliau telah bercakap dengan Tite mengenai laporan media ini. “Saya ada luahkan perasaan sedih saya kepada Tite mengenai laporan ini. Saya tak suka cerita rekaan seperti ini. Masalah saya adalah dengan wartawan sebegini. Bukan dengan semua orang.”

“Mereka [media] ingat mereka tahu semuanya. Tapi mereka tidak [tahu]. Saya tiada isu dengan Cavani. Tiada isu dengan ketua jurulatih [Unai Emery].”

Jawapan Neymar ini kemudiannya disokong oleh Tite yang membuatkan Neymar menangis.

LILLE, FRANCE – NOVEMBER 10: Neymar Jr of Brazil, coach of Brazil Adenor Leonardo Bacchi aka Tite answer to the media during a press conference following the international friendly match between Japan and Brazil at Stade Pierre Mauroy on November 10, 2017 in Lille, France. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

“Semua orang ingat saya ada masalah dengan Neymar. Saya dah tak larat nak dengar,” kata Tite. “Kadangkala kita membuat kesilapan. Saya pernah melakukannya ketika bergelar sebagai pemain.”

“Tapi kita perlu berhati-hati bila membuat tanggapan mengenai karakter dan personaliti pemain. Saya boleh bercakap bahawa Neymar mempunyai karakter, personaliti dan hati yang baik.”

japanbrazil from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN