Beliau juga mahu pihak menyiasat secara terperinci supaya penyokong bola sepak tanah air dapat mengetahui isu sebenar.
“Saya amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas ini dan mahu pihak bertanggungjawab khususnya polis menyiasat dengan terperinci supaya semua penyokong dapat mengetahui hal sebenarnya.
“Selagi tidak disiasat, tanggapan negatif penyokong akan memberi kesan ke atas reputasi dan kerjaya saya serta pemain di masa depan.”
Di laman media sosial, seorang individu membuat komen dengan tajuk ‘calon jual game Final Piala Malaysia 2017’ dan tertera tujuh nama membabitkan pemain dan jurulatih Kedah.
Terdapat viral di media sosial WhatsApp mendakwa tujuh pemain Kedah menerima sogokan RM200,000 setiap seorang sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah bertemu JDT.
Seorang penyokong skuad bola sepak Kedah, Zulkifli Hashim, 38, membuat laporan polis susulan kenyataan berbaur fitnah di media sosial yang mengaitkan pemain dan jurulatih Helang Merah dengan amalan rasuah.
Zulkifli mengakui terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan oleh rakannya pada jam 11 malam mengenai mesej berbaur tuduhan fitnah yang disebarkan tanpa sebarang bukti oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Sebagai penyokong yang bertanggungjawab dan cintakan pasukan Kedah, saya tampil membuat laporan polis bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap lontaran berita yang membawa imej negatif untuk pasukan.
“Saya amat kecewa dengan tohmahan dan tuduhan tidak berasas ini dan mahu pihak bertanggungjawab menyiasat perkara ini supaya kebenaran dapat diketahui oleh seluruh penyokong Kedah,” katanya.