Liga Malaysia Kini Diiktiraf Oleh World League Forum

Liga Malaysia kini menuju ke era baharu apabila menandatangani perjanjian dengan  World League Forum (WLF) semalam.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi FMLLP berangkat hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Football Malaysia LLP (FMLLP) dan World League Forum (WLF) bertempat di Hotel Thistle, Johor Bahru.

Melalui perjanjian ini, WLF kini mengiktiraf Liga Malaysia untuk menjadi ahli baru mereka disebabkan penstrukturan semula FAM dan percaya dengan kredibiliti kepimpinan DYAM Tunku Presiden dalam meningkatkan mutu bola sepak Malaysia.

Perjanjian ini menyaksikan Liga Malaysia bakal menjadi liga keempat dari negara Asia selepas Liga Jepun, Liga Qatar dan Liga Arab Saudi. Liga Malaysia juga adalah yang pertama dari kalangan liga Asia Tenggara yang diterima masuk menjadi ahli WLF.

WLF yang diwakili Setiausaha Agungnya, Jérôme Perlemuter merupakan persatuan bagi liga bola sepak profesional dunia yang berpengkalan di Zurich, Switzerland dan ianya terdiri daripada 29 keahlian dari 5 benua.

WLF yang mendapat kerjasama penuh dari Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah perantara FIFA dan liga-liga profesional terpilih di dunia. Disamping itu, ia berfungsi untuk membantu dan meningkatkan lagi tahap profesional sesebuah liga bola sepak moden dan efektif di bawah persatuan WLF ini.

Tunku Ismail berkata perjanjian dengan WLF ini merupakan satu pengiktirafan kepada bola sepak Malaysia dan akan membuka pintu untuk melakukan penambaihkan dari segi struktur liga.

“Ini akan memberikan peluang kepada kita untuk belajar dan memperbaiki standard liga kita supaya dapat mencapai tahap professionalisme dan integriti melalui pengalaman liga lain dalam pengurusan dan pembangunan,” katanya.

Wakil WLF, Perlemuter berkata kemasukan Malaysia dalam WLF dibuat berdasarkan kelayakan yang dicapai oleh FAM dalam penyusunan semula organisasi struktur liga dan pelan pembangunan untuk 5 hingga 10 tahun yang akan datang.

“Kelayakan ini membolehkan Malaysia menjadi sebahagian daripada WLF dimana kami menawarkan faedah bukan sahaja dari segi promosi dan menganjurkan perlawanan berkelas dunia dengan pasukan liga lain tetapi dalam program pembangunan pemain di seluruh dunia,” katanya.

Perlemuter juga berkata Malaysia merupakan negara asia tenggara yang pertama layak menyertai WLF dan menjadi ahli yang ke 30 dipilih dari 5 benua yang berbeza.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN