Eden Hazard Sifatkan Kevin De Bruyne Sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris

Eden Hazard

Eden Hazard menyifatkan bahawa bekas rakan sepasukannya di Chelsea yang kini beraksi bersama Manchester City merupakan pemain terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Kedua-dua tonggak skuad antarabangsa Belgium ini merupakan rakan sepasukan ketika di Stamford Bridge dan kemudiannya De Bruyne telah dijual ke kelab Jerman, Wolfsburg pada tahun 2014 sewaktu dibawah bimbingan Jose Mourinho.

Kevin De Bruyne, Chelsea, is congratulated by Eden Hazard after scoring his sides first goal during the Chelsea V AC Milan Guinness International Champions Cup tie at MetLife Stadium, East Rutherford, New Jersey, USA. 4th August 2013. Photo Tim Clayton (Photo by Tim Clayton/Corbis via Getty Images)

Musim berikutnya beliau kembali ke England untuk beraksi bersama Manchester City. Kemuncak prestasi hebat yang dipamerkan oleh Kevin De Bruyne adalah pada musim ini apabila telah berjaya menghasilkan 3 jaringan dan 9 bantuan jaringan dalam 15 perlawanan yang dilaluinya.

Pemain berusia 26 tahun itu juga menjaringkan gol tunggal buat City bagi menewaskan Chelsea ketika pertemuan liga di Stamford Bridge pada September lalu.

”Kevin (De Bruyne) sememangnya merupakan pemain terbaik dalam Liga Perdana,” kata Eden Hazard kepada Metro UK.

”Dia bermain dengan pasukan yang baik tetapi Manchester City juga perlu berterima kasih kepada Kevin kerana menjadikan permainan mereka lebih baik.”

BORDEAUX, FRANCE – JUNE 18 : De Bruyne Kevin forward of Belgium celebrates with Hazard Eden midfielder of Belgium after Lukaku Romelu forward of Belgium scored a goal during the UEFA EURO 2016 phase final group E match between Belgium and Republic of Ireland at the Stade de Bordeaux on June 18, 2016 in Bordeaux, France , 18/06/2016 ( Photo by Nico Vereecken / Photonews via Getty Images)

”Dia dikritik ketika beraksi bersama Belgium, tetapi saya tidak selalu berfikir bahawa itu adalah adil. Dia sentiasa memberikan segalanya dan melakukan yang terbaik ketika beraksi.”

”Dia seorang pemain yang cemerlang buat pasukan kami.”

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN