Lelaki Ini Kongsikan ‘Matchday Experience’ Yang Luar Biasa Di Buriram

Kami tertarik dengan satu perkongsian menarik saudara Piang Shankly yang merupakan peminat bola sepak negara kita. Beliau sudah banyak menjelajah ke luar negara untuk merasai hari perlawanan.

Kali ini, beliau berpeluang merasai sendiri pengalaman hari perlawanan di Buriram semalam. Berikut adalah perkongsian beliau

Matchday experience – Buriram

Semalam saya berpeluang merasai ‘matchday experience’ dekat I-Mobile stadium. Fuuh.. Top Class!

Kalau siapa yang pernah ke Larkin sure tahu suasana matchday kat sana jauh lagi menarik dr stadium-stadium lain dekat Malaysia. Tapi di Thunder Castle ni jauh lagi advance.

Buriram ni satu bandar yang sangat kecik (rasanya populasi bandar ini kurang dari 50,000 orang), tetapi semua perkara dekat sini adalah tentang Buriram Utd.

Rasa bangga mereka dengan Buriram sangat tebal dalam setiap penduduk Buriram. Billboard, banner, bendera Buriram Utd ada dimana-mana sahaja, walaupun tak sebanyak di Urawa.

Kebanyakan penduduk di sini semua pakai jersi Buriram (original, harga affordable, tiada imitation). Dari staff dekat airport, taxi driver, staff kat hotel semua pakai jersi Buriram. Bahkan staf 7-eleven & McD pakai pun pakai jersi Buriram.

Sampai sahaja di Thunder Castle, dah rasa aura Buriram Utd. Walaupun stadiumnya sangat simple dari segi structure (steel structure) tapi sangat praktikal & dihias dengan konsep kelab.

Rasanya kos buat stadium ni tak sampai separuh kos buat stadium-stadium di Malaysia. Dan stadium ini pemegang rekod dunia sebagai stadium terpantas disiapkan.

Atmosfera

Kapasiti cuma 30,000, bukan macam dekat Malaysia stadium capacity 50,000-80,000 tetapi average attandance 5,000-7,000 sahaja.

Dekat luar stadium penuh dengan aktiviti. Setiap sponsor diberi ruang untuk buat activation activity. Macam ni lah mereka balas balik tajaan daripada penaja ini.

Thunder Castle ini dinamakan I-Mobile Stadium kerana Buriram jual hak penjenamaan stadium kepada I-Mobile. Pasukan dekat Malaysia mana boleh jual naming right sebab stadium bukannya kelab yang punya.

Haha! kalau dekat Malaysia, luar stadium penuh dengan peniaga-peniaga jersi tiruan. Tetapi di sekitar I-Mobile Stadium ni ada 3 kedai cendera mata rasmi.

Peniaga-peniaga lain disediakan bangunan khas utk mereka. Tiket mereka gunakan teknologi bar-code. Tak mainlah tiket simpanan macam Liga M.

Ada 4-8 pintu masuk di setiap stand.  Jadi, laluan masuk ke stadium sangat lancar. Masuk sahaja ke dalam stadium, marshall sudah siap siaga untuk tunjuk tempat duduk kita.

Tak perlu masuk stadium 3-4 jam awal untuk dapatkan seat dan tak ada yang duduk atas tangga. Dekat stadium ini juga ada lebih kurang 10 Corporate Boxes utk dijual dan diberikan kepada penaja-penaja.

Padang stadium ni sama kualiti macam dekat EPL. dan mereka tak gunakan cow grass macam kat Larkin & Bukit Jalil. Rumput karpet!

Atmosfera dalam stadium sangat-sangat hebat. 2 LED scoreboard mainkan iklan-iklan penaja & klip video kelab sebelum perlawanan bermula

Sistem bunyi sama macam konsertm bergegar! Buriram tak ada ultras tetapi penyokong mereka chant menyanyi tanpa henti macam ultras. Apa yang menarik, chant & nyanyian ini diketuai oleh isteri presiden kelab, siap pakai hailer, macam capo.

Chant & lagu-lagu mereka hampir 90% mereka cipta sendiri. Dan mereka chant & nyanyi ikut apa yang berlaku tengah padang. Bukan main nyanyi je tak kira la team tengah attack atau tengah defend.

Masa team mula masuk untuk warm up, sistem bunyi stadium mainkan lagu Eye of The Tiger dengan dimulakan oleh dram daripada penyokong.

Dengan sound system macam concert ditambah dengan dram penyokong, boleh meremang juga bulu roma masa tu.

Ketika sesi pemanas padang, penuh 1 padang, pembantu jurulatih ada lebih daripada 10 orang termasuk penterjemah. Complete set up!

CEO & presiden juga ada dalam padang. Daripada apa yang diberitahu kepada kami, presiden Buriram sangat rapat dengan pasukan dan  sangat passionate.

Dia akan turun setiap sesi latihan. Jadu si suami  dekat padang tengok pemain dan jurulatih, si isteri dekat tempat duduk penyokong mengetuai sorakan penyokong.

Tamat sahaja sesi memanas badan, sebelum masuk bilik persalinan, pemain, pegawai dan jurulatih akan pergi ke hadapan tempat duduk utama penyokong di grandstand untuk menyanykan lagu Daerah Buriram sama-sama.

Ketika pemain masuk ke stadium sekali lagi untuk memulakan perlawanan, stadium tak mainkan lagu FIFA Fairplay, kelab dekat Malaysia sahaja yang mainkan lagu itu untuk bola sepak peringkat kelab, tapi mereka mainkan lagu club mereka.

Pasal match tak perlu la saya nak bagitahu sebab semua dah tau level permainan Thailand yang jauh lagi tinggi dari Malaysia.

Bolehkah kita kejar mereka?

Setiap benda kecil di dalam dan luar padang mereka buat dengan teliti. Jadi tak hairanlah bolasepak mereka jauh lagi maju dari kita.

Apa yg mereka buat bukannya rocket science, sampai pecah kepala nak kena fikir. Mereka cuma belajar daripada kelab-kelab ternama Eropah. Mereka tiru dan buat di kelab mereka.

Tapi selagi orang atas pasukan-pasukan di Malaysia dikuasai oleh orang-orang yang sama, kita akan semakin jauh ditinggalkan oleh Thailand.

Kab khun kap!

Nota Editor: Matchday experience ini adalah hasil perkongsian Piang Shankly dan telah diberikan kebenaran untuk diterbitkan di semuanyaBOLA. Anda juga boleh berkongsi matchday experience anda dengan kami di semuanyaBOLA dengan e-mail kepada [email protected] dalam format microsoft words.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN