Jodoh pemain yang berasal dari Indonesia, Andik Vermansyah dengan pasukan Selangor sudah berakhir apabila beliau disahkan meninggalkan pasukan itu apabila tidak menerima kontrak baharu daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas kontrak sedia adanya sudahpun berakhir November ini.
Menurut laporan akhbar tempatan, Berita Harian, Andik kini merupakan ejen bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan setakat ini.
“Ya, kontrak saya bersama Selangor sudahpun berakhir dan kini saya adalah ejen bebas. FAS belum lagi menghubungi saya untuk menawarkan kontrak baharu jadi saya rasa mungkin setakat ini sahaja jodoh bersama pasukan Selangor.
“Berkemungkinan FAS ada perancangan lain dan tidak lagi mahu menggunakan khidmat saya pada musim akan datang,” katanya kepada berita harian.
Walaubagaimanapun, Andik enggan pulang beraksi dalam saingan Liga Indonesia dan mahu terus beraksi dengan mana-mana pasukan Liga Super yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Hal ini kerana beliau masih trauma dengan apa yang terjadi dalam bola sepak Indonesia.
Konflik pepecahan yang berlaku dalam skuad Persebaya masih menghantuinya. Beliau dan keluarganya pernah menjadi sasaran orang yang tidak dikenali melalui surat ugutan yang mengancam keselamatan keluarganya.
Walaupun konflik itu sudah berakhir, Andik masih tidak yakin dengan keadaan bola sepak Liga Indonesia.
“Saya kira semua orang sudah tahu bagaimana keadaan bola sepak Indonesia. Setiap musim selalu ada macam-macam masalah yang boleh mengganggu perjalanan liga. Tetapi bukan bererti saya tidak akan kembali, setelah saya berasa yakin barulah saya akan pulang ke Indonesia,” jelas Andik.
Bagi saya, isu tidak ditawarkan kontrak adalah perkara biasa dalam dunia bola sepak profesional dan saya menerima jika itu yang berlaku.
“Namun, pulang ke Indonesia bukanlah pilihan utama saya buat masa ini kerana saya mahu terus beraksi di negara ini pada musim akan datang,” katanya.
Dalam masa sama, bekas pemain Persebaya Surabaya itu menjelaskan beberapa pasukan sudah ‘merisik’ untuk menyatakan minat terhadap khidmatnya dalam usaha memperkuatkan pasukan masing-masing bagi mengharungi musim baharu.
“Ada beberapa pasukan sudah bertanya mengenai situasi saya namun belum ada lagi pasukan yang menunjukkan minat mereka dengan serius. Justeru, saya masih menunggu tawaran rasmi sebelum boleh mula membuat pertimbangan.
“Buat masa ini, saya tidak mahu mendedahkan pasukan yang berminat. Apapun, saya yakin mereka akan datang dengan tawaran begitu memuaskan sekaligus membolehkan impian saya untuk terus kekal beraksi di sini tercapai,” katanya.
Sementara itu, seorang penyokong Selangor menyifatkan Selangor kehilangan pemain yang sentiasa memberikan komitmen 150% dan memerlukan pemain asia yang mampu memberi impak pada pasukan.
So FAS decided not to renew Andik. Always gave his 150% on the pitch. Very determined player. But unfortunately injury prone and his playing style can be too predictable some time.
Selangor needs a more impactful Asian foreigner in my opinion.
— Romy Jarr (@romyjarr) November 8, 2017
Selangor letting Andik Vermansyah go will be one of the biggest mistake they will ever done . Harap2 siapa yg ganti Andik ni sama hebat atau lagi hebat lah hmm 😳
— Aimanz Del Rio (@muhmmd_aiman98) November 8, 2017
Kalau betul @FASelangorMy nak ambik player import Indo, better Evan Dimas daripada Egy Maulana.
— Faiz (@faizfadzil) November 7, 2017