Kelayakan AFC Bawah 19 Tahun : Anak Buah Bojan Berpesta Gol

Skuad bawah 19 tahun negara meraih kemenangan bergaya dalam perlawanan ketiga saingan kelayakan  AFC Bawah 19 Tahun selepas membelasah Indonesia 4-1 dalam aksi Kumpulan F di Stadium Paju, sebentar tadi.

Ketua jurulatih, Bojan Hodak menurunkan barisan terkuat dengan mempertaruhkan gandingan Hadi Fayyadh dan Akhyar Rashid di bahagian serangan.

Malaysia yang turun dengan misi wajib memungut tiga mata ternyata garang apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti penyerang Johor Darul Ta’azim II, Hadi Fayyadh, pada minit ketujuh perlawanan.

5 minit kemudian, peluang Malaysia untuk menambah gol kedua hadir tepat pada masanya tetapi dipersiakan oleh pemain skuad piala presiden Kedah, Akhyar Rashid apabila beliau gagal mengambil kesempatan terhadap gawang gol yang sudah terbuka luas.

Akhyar Rashid kemudian menebus kesilapan itu apabila menyambut baik hantaran dari sebelah kanan sebelum melepaskan rembatan leret untuk menjadikan kedudukan 2-0. Malaysia terus melebarkan kedudukan pada minit ke-33.

Tersentak dengan gol kedua Malaysia, Indonesia terus mengandakan asakan untuk mencari gol penyamaan dan kerap mengatur beberapa serangan berbahaya daripada sebelah kanan.

Kesilapan penjaga gol negara yang gagal menahan bola dengan kemas membolehkan penyerang Indonesia, hanis Saghara Putra, menjaringkan gol untuk merapatkan jurang 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Malaysia hanya memerlukan dua minit ketika babak kedua bersambung untuk menambah gol ketiga menerusi Shivan Pillay Asokan yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut dari sebelah kiri untuk kembali menjarakkan kedudukan 3-1.

Kelincahan Akhyar jelas memberikan masalah besar buat anak buah Indra Syafri sehingga memaksa pertahanan Indonesia menjatuhkan pemain berusia 18 tahun itu di dalam kotak penalti, membolehkan Hadi menambah gol kedua peribadi dan keempat buat skuad negara pada minit ke-52.

Kedudukan 4-1 kekal sehingga wisel penamat, mencerahkan laluan Malaysia untuk ke pusingan akhir pada tahun depan. Untuk tempah tiket automatik ke pusingan akhir, anak buah Bojan Hodak perlu menewaskan Korea Selatan pada hari Rabu ini.

Kedudukan terkini dalam kumpulan F.

Paling realistik, untuk layak ke pusingan akhir kejohanan AFC bawah 19 tahun, anak buah Bojan Hodak perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat kedua dalam kumpulan dan layak selaku pasukan tempat kedua terbaik.

Mengikut format kelayakan, semua 10 pasukan juara Kumpulan A hingga J dan hanya lima naib juara terbaik  dalam kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Indonesia pada Oktober tahun 2018.

Bagaimanapun, enam pasukan naib juara terbaik akan layak sekiranya Indonesia muncul juara atau berada dalam kalangan lima pasukan terbaik naib juara kumpulan.

Hal ini kerana Indonesia sudahpun mengesahkan tiket ke pusingan akhir selaku tuan rumah (host).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN