Liverpool Bakal Kehilangan Khidmat Emre Can

Run­­dingan terbaru Liverpool dengan pemain tengah mereka, Emre Can berhubung rundingan kontraknya dilaporkan telah menemui kegagalan.

Kegagalan itu bermakna Liverpool bakal kehilangan khidmat Emre Can secara percuma pada musim panas akan datang.

Pemain skuad kebangsaan Jerman itu muncul sebagai pemain kegemaran peminat sejak dia berpindah ke Liverpool dari Bayer Leverkusen pada tahun 2014.

Di bawah bimbingan Jurgen Klopp, persembahan Can semakin menyerlah dengan peranannya yang lebih bebas dalam pasukan, dan dia turut berkembang dalam aksinya di peringkat antarabangsa.

Can meledakkan gol ketiganya musim ini, semalam selepas membantu Liverpool melakar kemenangan 3-0 ke atas Maribor, tetapi kempen ini mungkin yang terakhir buat penyokong Reds untuk menyaksikannya menyarung jersi Liverpool.

Wakil pemain berusia 23 tahun itu masih menemui jalan buntu berhubung rundingan kontraknya. Pemain itu mendakwa pada Mac lepas bahawa kegagalan rundingann bukan disebabkan tuntutan gaji yang lebih tinggi.

Liga Juara-Juara Eropah
Emre Can menjaringkan gol ketika menentang Maribor FC

Menurut laporan akhbar dari Italy, CalcioMercato, Juventus dan Manchester City bersaing sengit menawarkan kontrak lumayan kepada Emre Can untuk dibawa ke dalam pasukan mereka pada pintu perpindahan yang akan datang.

Manchester City dilaporkan menawarkan kontrak 2 kali ganda lebih lumayan daripada Juventus yang menawarkan £4million berserta dengan bonus.

Laporan itu turut menyebut pemain yang berusia 23 tahun tersebut dijangka akan kekal bersaing di Liga Perdana Inggeris dengan menyertai skuad bimbingan Pep Guardiola.

City menandatangani Raheem Sterling dari Liverpool pada tahun 2015 dengan nilai perpindahan £50m dan mereka mampu membawa Can ke Etihad selepas Jurgen Klopp mengakui mereka bakal kehilangannya secara perpindahan percuma.

https://twitter.com/City_Watch/status/926501071563960321

Can bebas berbincang dengan mana-mana pasukan dan Klopp berkata, “Kalau itu yang terjadi, kami tidak mampu mengubah apa-apa. Dia bebas ke mana sahaja,” jelasnya.

“Kami perlu menghormati kontrak. Jika kontrak itu berakhir, cuma ada 2 pilihan berbeza sama ada pilihan itu bergantung pada kelab atau pilihan itu bergantung pada pemain sendiri,” katanya.

Emre Can telah beraksi bersama Liverpool selama 4 tahun dan mempunyai 150 penampilan dengan kelab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN