Felda United Ke Liga Perdana 2018 ?

Walaupun menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kedudukan ketiga teratas, pasukan Felda United kemungkinan akan disingkirkan ke saingan Liga Perdana musim depan selepas FAM mengumumkan pasukan itu gagal memenuhi salah satu kriteria untuk memperoleh lesen kelab yang ditetapkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Nasib kelab yang beraksi di Liga Super itu kini bergantung kepada Lembaga FMLLP yang dijadual menilai kembali keputusan itu pada pertengahan bulan ini selepas Badan Rayuan Pelesenan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan lesen mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata Lembaga FMLLP hanya akan bertindak jika mereka menerima rayuan daripada pihak Felda United.

“Kami belum lagi menerima pertimbangan mengenai rayuan bagi membolehkan Lembaga Rayuan mengeluarkan keputusan dan sejurus kami menerimanya, barulah Lembaga FMLLP boleh membuat tindakan,” katanya kepada berita harian.

“Ini bergantung kepada Lembaga FMLLP untuk membuat keputusan mengenai Felda United. Sekalipun mereka sudah mengambil beberapa langkah yang diperlukan untuk memenuhi kriteria yang diperlukan, badan rayuan merasakan ia tidak mencukupi bagi memenuhi kriteria kewangan.

“Keputusan itu dijangka diketahui pertengahan bulan ini dan selepas itu, baru kami boleh mengesahkan pasukan yang beraksi di Liga Super tahun depan dan ia juga tertakluk kepada keputusan membabitkan FELDA. Sebelum itu, saya tidak boleh bercakap apa yang akan terjadi kepada Felda United,” katanya.

FAM sebelum ini meluluskan permohonan lesen bagi Johor Darul Ta’zim, Pahang, PKNS FC dan Selangor selepas kesemuanya memenuhi kriteria yang diperlukan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang membolehkan mereka beraksi di saingan kelab Asia, musim depan.

Permohonan T-Team, Perak dan Pulau Pinang juga diluluskan oleh FAM sebelum Lembaga Rayuan menerima permohonan Kedah, Kelantan dan Melaka. Hanya Felda United dan Sarawak yang didapati tidak lulus dalam pelesenan kelab.

“Hakikat bahawa 10 pasukan sudah berjaya mematuhi sepenuhnya kriteria yang diperlukan adalah satu tanda bahawa semua pihak memandang serius isu lesen ini,” kata Kevin.

“Pelesenan Kelab adalah langkah penting dalam pembangunan bola sepak Malaysia.” jelasnya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin berkata kelulusan lesen berkenaan bagi tahun 2018 saja dan boleh ditarik balik.

“Jika ada pasukan gagal memenuhi keperluan yang ditetapkan ketika musim sedang berjalan, lesen mereka boleh ditarik balik menurut peraturan pelesenan kelab FAM,” kata Hamidin.

Sementara itu, Jurulatih Felda United, B. Sathianathan mengakui beliau tidak mengetahui perincian secara mendalam mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak tahu kerana ia melibatkan pengurusan kelab dan FAM. Tugas saya ialah membentuk pasukan untuk musim hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sathia belum memikirkan lagi mengenai rombakan pasukan menjelang saingan Liga Super musim hadapan.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

Menurutnya, satu perbincangan bersama pihak pengurusan akan dibuat sebelum memutuskan sama ada pertukaran pemain akan dilakukan atau tidak.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menukar pemain import yang ada dalam pasukan itu.

“Saya rasa memang akan ada sedikit rombakan pemain tetapi segalanya akan diputuskan selepas melihat laporan prestasi pemain,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN