England Panggil 3 Muka Baharu Untuk Aksi Persahabatan Menentang Jerman Dan Brazil

Harry Kane

Ketua Jurulatih England,  Gareth Southgate membuat kejutan apabila menyenaraikan 3 pemain muda dalam senarai pemain skuad kebangsaan England.

Penyerang Swansea City, Tammy Abraham muncul antara tiga nama baru yang dinamakan dalam skuad England untuk aksi persahabatan antarabangsa berdepan Jerman dan Brazil.

Abraham yang dipinjamkan ke Swansea mendapat panggilan pertama disamping rakan sepasukan Chelsea Ruben Loftus-Cheek yang kini dipinjamkan ke Crystal Palace dan pertahanan Liverpool Joe Gomez.

Penyerang berusia 20 tahun itu mencuri tumpuan pada awal musim ini apabila mencetak lima gol dalam 13 aksi liga.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu bakal menentang juara dunia Jerman di Wembley pada 10 November ini sebelum menerima kunjungan Brazil empat hari kemudian.

Tonggak versatil Manchester United, Ashley Young turut dipanggil selepas kali terakhir membuat penampilan empat tahun lalu, manakala bek kiri Tottenham Danny Rose kembali pulih daripada kecederaan lutut.

Perancang tengah Tottenham, Harry Winks mengekalkan tempatnya dalam skuad The Three Lions selepas cemerlang dalam penampilan sulung ketika menundukkan Lithuania 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia, bulan lalu.

Gambar : PA

Gareth Southgate turut menjelaskan sebab-sebab beliau menyingkirkan 3 pemain lama, iaitu Chris Smalling, Daniel Sturridge dan Jack Wilshere.

“Kami mempunyai pemain seperti Stones, Dier dan Maguire yang beraksi lebih baik daripada Smalling. Ini mungkin keputusan yang paling sukar kerana prestasi Smalling bersama kelabnya memang bagus.

“Saya rasa ini peluang terbaik untuk memanggil pemain muda. Saya tahu Smalling boleh buat lebih baik tetapi kami perlu mementingkan pemain muda yang diberi banyak peluang bermain. Jadi, inilah peluang mereka,” jelasnya

Sturridge turut tidak dipanggil ke skuad kebangsaan England Kali ini (Gambar : TheFA via Getty Image)

“Sturridge jarang membarisi kesebelasan utama kelabnya. Saya fikir ianya susah. Saya tidak ingat bila kali terakhir beliau bermain selama 90 minit. Jadi, untuk bermain seperti kami ianya akan menjadi sangat sukar untuk beliau.

“6 penyerang yang saya pilih mempunyai jumlah jaringan gol yang banyak dalam liga seperti Abraham, Sterling, Kane, Vardy, Dele Alli dan Rashford. Kalau ikut data, mereka memang layak secara merit,” katanya.

Jack Wilshere
Wilshere tidak bermain sejak Euro 2016 (Gambar: getty)

“Saya tidak tahu macam mana beliau boleh dipanggil ke skuad England walaupun jarang berada dalam kesebelasan utama Arsenal. Tiada persoalan di minda saya tentang kemampuan Wilshere, pemikirannya dan personalitinya. Kami mahu melihat beliau bermain selalu dalam liga sebelum memikirkan untuk memanggilnya kembali ke skuad kebangsaan,” tegasnya.

Senarai Pemain Skuad Kebangsaan England

Penjaga gol:

Joe Hart (West Ham), Jack Butland (Stoke City), Jordan Pickford (Everton)

Pertahanan:

Ryan Bertrand (Southampton), Danny Rose (Tottenham), Gary Cahill (Chelsea), Phil Jones (Man Utd), Harry Maguire (Leicester), John Stones (Man City), Joe Gomez (Liverpool), Kyle Walker (Man City), Kieran Trippier (Tottenham), Ashley Young (Man Utd)

Tengah:

Eric Dier (Tottenham), Fabian Delph (Man City), Ruben Loftus-Cheek (Crystal Palace), Jordan Henderson (Liverpool), Raheem Sterling (Man City), Harry Winks (Tottenham)

Penyerang:

Marcus Rashford (Man Utd), Jesse Lingard (Man Utd), Dele Alli (Tottenham), Harry Kane (Tottenham), Tammy Abraham (Swansea City), Jamie Vardy (Leicester)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN