Pemain Tengah Filipina Sertai Kelab Liga Utama Thailand

Bekas pemain sayap kelab A-League, Melbourne City dan Adelaide United, Iain Ramsay sertai kelab yang baru dinaik pangkat menyertai Liga Utama Thailand iaitu Prachuap FC untuk musim 2018.

Pemain berdarah campuran Australia dan Filipina itu telah bermain dengan kelab Ceres Negros FC dalam saingan Liga Bolasepak Filipina (PFL) musim ini dan berjaya membawa Ceres mara ke separuh akhir AFC Cup 2017.

Beliau bersedia mencari cabaran baru di liga terbaik di asia tenggara itu.

Gambar : ESPN FC

Difahamkan Ramsay akan menamatkan liga filipina musim 2017 bersama Ceres terlebih dahulu sebelum menyertai kelab Prachuap pada bulan Disember ini untuk sesi latihan pra-musim.

Pemain yang berusia 29 tahun itu turut beraksi ketika Ceres menentang JDT dalam saingan separuh akhir dan perlawanan akhir AFC Cup 2017 peringkat Asean menentang Home United.

Liga Thailand ketika ini memperkenalkan slot tambahan pemain import untuk pemain dari Asean bermula pada musim 2018. Kedatangan Ramsay merupakan petanda kelab-kelab liga utama Thailand serius untuk memberi peluang kepada kemasukan pemain dari negara Asean.

Ramsay memulakan karier bolasepaknya ketika berusia 17 tahun dimana beliau berhijrah ke Scotland iaitu negara kelahiran bapanya untuk menyertai kelab Gretna.

Kemudian beliau kembali ke Australia dan memulakan karier professionalnya beraksi dengan kelab A-League, Sydney FC sebelum menyertai Adelaide United pada tahun 2010 dan Melbourne City pada tahun 2013.

Gambar : ESPN FC

Pemain yang beraksi di posisi sayap kiri ini layak beraksi untuk skuad kebangsaan Filipina berdasarkan taraf warganegara ibunya. Beliau memperolehi cap yang pertama skuad kebangsaan Filipina pada tahun 2015 sebelum berhijrah menyertai kelab Liga Iran, Tractor Sazi pada tahun yang sama.

Selepas dilepaskan oleh Tractro Sazi, Ceres Negros menawarkan kontrak lumayan kepadanya untuk bermain dalam saingan Liga Filipina yang membolehkan beliau mendapat peluang untuk mewakili skuad kebangsaan Filipina.

Ramsey kini mempunyai peluang untuk membuktikan kemahirannya di Thailand apabila beliau berdepan dengan 2 kelab gergasi Thailand seperti Muangthong United dan Buriram United untuk musim 2018.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN