The Old Lady bakal menyambut ulang tahun penubuhan kelab minggu ini. Pada minggu ini, genaplah 120 tahun detik bersejarah apabila 4 pelajar bersepakat menubuhkan sebuah kelab bola sepak di Turin.
Dan untuk meraikan detik bersejarah ini, Juventus akan mengenakan kit khas yang bakal digunakan pada perlawanan Serie A menentang Benevento minggu ini.
Kelab yang secara rasmi ditubuhkan pada 1897 di Turin ini bakal meraikan ulang tahun yang ke-120 penubuhannya.
Sebagai simbolik kepada tahun penubuhannya pada 1897, jersi ini akan dikeluarkan sebanyak hanya 1,897 unit sahaja dan akan dijual kepada peminatnya pada £165 (RM926).
Terdapat logo asal pasukan ini yang diletakkan dibahagian dalam sebelah kolar dan grafik 3 bintang disematkan disebelah kiri bahagian hadapan baju melambangkan 30 kejuaraan liga domestik.
Selain itu, dibahagian bawah jersi terdapat satu tag yang tertulis 0001/1897 yang didedikasi buat penyokong setianya yang bersama pasukan sejak ratusan tahun yang lalu.
Sejak penubuhannya yang mencecah lebih 100 tahun, Juve sememangnya sebuah pasukan yang hebat dengan merekodkan kejuaraan Serie A lebih dari 30 kali, memenangi kejuaraan Italian Cup sebanyak 12 kali, UEFA Cup 3 kali, 2 kali kejuaraan Champions League dan Intercontinental Cup sebanyak 2 kali.