Lovren Terima Ancaman Bunuh Di Media Sosial

Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren berdepan kecaman hebat susulan prestasi longlai ketika beraksi sebagai benteng pertahanan The Reds.

Pemain yang berasal dari Croatia itu melalui musim yang sukar di Anfield dan kerap melakukan kesilapan mudah ketika tewas 1-4 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Beliau yang sepatutnya membarisi kesebelasan utama ketika menentang Huddersfield tetapi digugurkan pada saat akhir kerana mengalami kecederaan ketika sesi memanas badan sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit.

Gara-gara kerana prestasi buruk yang ditampil olehnya, Lovren turut menerima ancaman bunuh daripada seorang penyokong Liverpool sendiri. Beliau melabelkan ancaman bunuh yang disasar kepada keluarganya di media sosial sebagai ‘menjijikkan.’

Pemain kelahiran Craotia itu membalas mesej dalam laman sosial Instagram miliknya selepas menerima ancaman yang bertulis: “Saya akan membunuh keluarga kamu rakyat Croatia tak guna.”

Pemain berusia 28 tahun itu membalasnya: “Mengerikan perangai orang seperti ini.”

Ancaman bunuh yang diterima oleh Lovren melalui instagramnya.

“Saya tidak kisah jika apabila orang bercakap buruk mengenai diri saya, ia berkata lebih banyak mengenai mereka! Tetapi saya tidak boleh menghiraukannya apabila keluarga saya diancam.

“Saya tidak boleh dan tidak mampu untuk menerimanya. Menjijikkan.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pada minggu lalu mempertahankan pemainnya itu sekali pun mengeluarkannya selepas 31 minit permainan berlangsung.

Pada perlawanan itu, Liverpool tewas 4-1 kepada Tottenham Hotspur di Wembley.

Lovren dikeluarkan ketikan perlawanan menentang Tottenham Hotspur (Image: Getty)

Prestasi Lovren dalam perlawanan itu dikritik hebat tetapi Klopp berkata: “Saya tidak mengharapkan salah seorang daripada kamu melakukan kesilapan dan membincangkannya di khalayak ramai.

“Kamu tidak boleh membayangkan bagaimana perasaannya. Perkara yang utama ialah pemain-pemain ini masih manusia biasa tetapi kamu melihatnya seperti kamu menonton kemalangan dan kamu adalah orang yang berdiri dengan telefon bimbit dan bukannya membantu.

“Saya bukannya orang seperti itu,” kata pengendali dari Jerman itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN