Chris Kirkland Bergelut Dengan Depresi

Semua orang pasti akan menghadapi siri ujian dalam hidup. Terutama apabila melibatkan mata pencarian demi meneruskan kelangsungan hidup. Namun, sekiranya ujian ini mengheret kepada depresi, wajarlah anda merujuk kepada pakar psikatri.

Menurut American Psychiatric Association, ia merupakan penyakit yang serius dan memberikan impak negative kepada apa yang dirasai, dilakukan dan difikirkan. Antara simtom depresi ialah hilangnya minat terhadap perkara yang dilakukan walhal sebelum ini amat disukai oleh seseorang individu.

Bergelut

Chris Kirkland, pasti anda pernah mendengar nama ini sebagai penjaga gol. Bekas penjaga gol Wigan Athletic ini sudah pun bersara daripada bidang bola sepak. Sebelum bersara, beliau bersama Sheffield Wednesday kemudiannya Preston. Kelab terakhirnya ialah bersama Bury.

Ketika ditemubual akhbar Britain, The Guardian beliau mengalami tekanan ini sejak meninggalkan Wigan Athletic pada 2012. Beliau mengakui amat menyayangi kelab yang digelar Latics itu. Sebenarnya, beliau amat berat untuk meninggalkan kelab itu.

Malah, Chris sendiri sudah memberitahu isterinya bahawa beliau tidak dapat tidur malam. Malah, jika seseorang individu tidak dapat tidur merupakan salah satu simtom depresi.

Tinggalkan bola sepak

 

Segalanya bermula apabila beliau gagal menjalani latihan dengan baik sewaktu latihan bersama Bury. Chris amat rasa tertekan. Beliau bertemu pengurusnya, Dave Flitcroft bahawa beliau ingin menamatkan kontrak.

Namun, Chris tidak mendedahkan kepada umum apakah sebab yang membawanya meninggalkan kelab sekaligus dunia bola sepak. Walaupun begitu, beliau sempat menemui pegawai kebajikan dalam Persatuan Pemain Profesional (PFA). Dan pegawai kebajikan itu banyak membantunya.

Dalam beberapa hari lagi, Chris Kirkland bakal mengadakan perkongsian kepada konferens anjuran PFA di St. George Park. Beliau akan berkongsi bagaimanakah beliau dapat menemui sedikit jalan keluar daripada masalah depresi.

 

Anda depresi? Jumpalah pakar

Di saat ujian hadir dan membawa anda depresi, lebih baik anda disarankan untuk bertemu pakar psikatri. Ia amat membantu untuk menemui jalan penyelesaian.

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga dan rakan yang bermasalah, sila berikan sokongan dan dorongan yang baik.

Tetapi harus diingat, membunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yang baik!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN