Tottenham Hotspur telah menangkap penyokong mereka yang membaling botol yang diisi air kencing kepada penyokong West Ham United.
Kejadian tidak senonoh itu berlaku dalam perlawanan yang menyaksikan Spurs tewas 3-2 di tangan West Ham United dalam Piala Carabao pada minggu lalu.
Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Wembley yang menjadi rumah sementara untuk Spurs. West Ham dan Tottenham Hotspur adalah pasukan dari bandar yang sama.
Spurs mendahului 2-0 dalam perlawanan tersebut namun West Ham bangkit dengan 3 gol untuk menang perlawanan tersebut.
Video insiden jijik melibatkan penyokong Spurs tersebut telah tular di media sosial. Atas dasar tanggungjawab, pihak pengurusan Spurs telah menjejak penyokong tersebut.
Selepas mendapat maklumat daripada beberapa pihak. Mereka berjaya mengenal pasti penyokong tersebut dan mengenakan hukuman gantung seumur hidup kepada 2 penyokong di dalam video tersebut.
Bercakap kepada Sky Sports, jurucakap kelab Tottenham Hostpur berkata:
“Kelakuan tidak senonoh seperti ini tidak boleh diterima dan kami akan mengenakan hukuman gantung seumur hidup kepada kedua-dua individu yang terlibat.”
Larangan ini berkuat kuasa serta merta dan penyokong tersebut dilarang berada di mana-mana kompleks sukan Spurs termasuk, stadium, pusat latihan dan sebagainya.
Kan dah kena? Kenapa tak beringat dahulu? Musim depan Tottenham akan bermain dalam stadium baru serba mewah. Kan dah rugi tidak boleh masuk. Syabas kepada pihak pengurusan Spurs yang tidak berkompromi dalam hal seperti ini.