Muniesa: “Real Madrid Tidak Bersungguh-Sungguh Dan Terlalu Yakin”

Bekas pemain Barcelona, Mark Muniesa mengkritik sikap pemain-pemain Real Madrid yang dianggap beliau sebagai tidak bersungguh-sungguh di dalam perlawanan menentang Girona.

Real Madrid dikejutkan oleh Girona dengan kekalahan 2-1 di Estadio Montilivi dalam perlawanan La Liga minggu lalu. Kekalahan yang menyebabkan Real Madrid kini di belakang Barcelona dengan 8 mata.

Lebih teruk, ianya berlaku selepas 2 hari Catalonia mengisytiharkan diri mereka merdeka daripada Sepanyol. Girona adalah salah sebuah kelab di Catalan.

Gol kemenangan Girona pula dijaringkan oleh graduan La Masia, Portu.

Mark Muniesa menyatakan, dirinya terkejut dengan cara Real Madrid bermain. Mereka tidak bersungguh-sungguh dan kelihatan terlalu yakin akan menang perlawanan tersebut.

Lebih-lebih lagi mereka menjaringkan gol awal menerusi Isco. Real Madrid gagal mencipta lebih banyak peluang di dalam perlawanan ini. Girona mencatatkan jumlah percubaan gol yang sama dengan Real Madrid.

Pengulas perlawanan dan juga penyokong Real Madrid sendiri mengkritik sikap pemain-pemain Real Madrid yang disifatkan tidak seperti kebiasannya.

Mereka tidak cukup komited untuk memenangi perlawanan ini. Mark Muniesa berkata kepada wartawan:

“Real Madrid membuatkan saya terkejut. Mereka datang ke sini dengan sikap terlalu yakin akan menang menentang kami.”

“Mereka tidak bersungguh-sungguh dan lebih relaks di dalam perlawanan ini dan seperti sedang memikirkan yang mereka akan menang mudah di sini.”

Real Madrid akan menentang Tottenham Hostpur dalam perlawanan UCL selepas ini. Ianya diikuti perlawanan menentang Las Palmas.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN