PKNP FC Ranapkan Impian Terengganu, Kuala Lumpur Juara 100PLUS Liga Premier 2017

PKNP FC

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC meranapkan impian Terengganu untuk meraih kejuaraan liga setelah berjaya menundukkan skuad Penyu itu dengan keputusan 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Dengan keputusan ini menyaksikan Kuala Lumpur telah dinobatkan selaku juara 100Plus Liga Premier 2017 walaupun turut tewas dengan keputusan yang sama di Pasir Gudang keatas Johor Darul Takzim II.

Kedua-dua pasukan terikat dengan 47 mata namun Kuala Lumpur berkelebihan defisit gol.

Separuh masa pertama

Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila pemain import, Tchetche Hermann Brice Kipre berjaya merobek gawang PKNP FC seawal minit ke-6 perlawanan.

Pemain dari Ivory Coast itu mudah menolak masuk bola berpunca daripada hantaran lintang yang dilakukan oleh Issey Nakajima bagi menceriakan hampir 300 orang penyokong mereka yang hadir termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Kipre sekali lagi membuktikan kualiti dimilikinya apabila berjaya meledakkan rembatan deras setelah menerima lorongan dari Issey Nakajima Farran, namun percubaan menarik tersebut hanya singgah di tiang gol PKNP FC.

Tuan rumah yang menikmati musim yang memberangsangkan pada penampilan pertama dalam Liga Premier turut mempunyai beberapa peluang menarik terutamanya dari pemain import dari Korea Selatan, Hyeon Woo Kim.

Bagaimanapun penyudah tumpul menggagalkan usaha anak buah Abu Bakar Fadzim tersebut untuk memadamkan kelebihan jaringan yang dilakukan oleh Kipre.

Separuh masa kedua

PKNP FC seolah-olah mendapat tonik berguna di bilik persalinan ketika rehat separuh masa apabila bangkit untuk memperkemaskan aksi di babak kedua.

Jaringan yang ditunggu-tunggu penyokong PKNP FC akhirnya menjelma pada minit ke-51. Gilberto Valdenesio menanduk masuk bola hasil daripada sepakan sudut untuk kembali mengikat kedudukan 1-1.

Hyeon Woo Kim yang terlepas beberapa peluang keemasan pada babak pertama akhirnya berjaya menebus kehampaannya setelah beliau yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan yang membias ketua pasukan Terengganu, Lazarus Vinicius.

Belum pun sempat pemain Terengganu kembali mengatur permainan, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu dikejutkan dengan jaringan ketiga yang dilakukan oleh Hyeon Woo Kim berselang dua minit selepas jaringan kedua dihasilkan.

Terengganu terus dirundung malang apabila pemain tengah, Gabriel Dos Santos diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan.

Barisan pemain:

PKNP FC – Ahmad Asyraaf Omar (Penjaga Gol), Muhamad Mazni Khairul Hasnan (Ganiesh Gunasegaran), Ritus Krjauklis (Ketua Pasukan), Mohammad Rafi Nagoorgani,  Mohamad Syamin Baharuddin, Ahmad Sukri Ab Hamid, Muhammad Fadhil Idris, Mohamad Hafiz Ramdan (Mohd Irwan Syazmin), Deevan Raj Siva Balan, Hyeon Woo Kim & Gilberto Valdenesio.

Terengganu – Mohd Suffian Abdul Rahman (Penjaga Gol), Mohd Firdaus Mohd Faudzi, Lazaro Vinicius (Ketua Pasukan), Nasrullah Haniff Johan, Muhamad Hafizal Mohamad, Ismail Faruqi Ashari (Abdul Shukor Jusoh), Mohd Faiz Mohd Nasir, Gabriel Dos Santos, Muhammad Ferris Danial, Issey Nakajima Farran Morgan & Tchetche Hermann Brice Kipre

Kredit foto: Terengganu FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN