5 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Pengurus Baru Leicester City, Claude Puel

Claude Puel

Kelab yang mencipta kejutan setelah menjuarai Liga Perdana Inggeris pada dua musim yang lalu, Leicester City telah mengumumkan perlantikan Claude Puel sebagai pengurus baru kelab tersebut.

Puel dipilih bagi menggantikan Craig Shakespeare yang dipecat selepas perlawanan bertemu West Bromwich Albion pada 17 Oktober lalu.

Kehadiran Puel telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong setia Leicester City dan mengatakan bahawa keputusan membawa masuk pengendali dari Perancis itu adalah satu keputusan yang pelik.

Berikut adalah 5 perkara yang perlu anda ketahui mengenai Claude Puel:

Pengalaman luas beliau dalam bola sepak

Sebelum ini Puel pernah membimbing Southampton, Nice, Lyon, Lille dan AS Monaco. Pada musim pertamanya membimbing AS Monaco pada tahun 1999, Puel berjaya membawa kelab tersebut menjuarai Ligue 1.

Tiga tahun bersama Lyon pula, Puel telah mencipta sejarah buat kelab apabila melayakkan diri buat pertama kali ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2009/2010. Namun Lyon terpaksa akur dengan kehebatan Bayern Munich.

Ketika tahun pertamanya di England pada musim lalu, Southampton menamatkan saingan liga di tempat ke-8 dan turut melayakkan diri ke perlawanan akhir EFL League Cup untuk bertemu Manchester United.

Semua perkara ini perlu dilihat dengan begitu jelas oleh penyokong Leicester City kerana pengendali yang membawa kejutan buat kelab itu, Claudio Ranieri tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan di liga utama sebelum kejayaan ‘gila’ ketika di Stadium King Power.

Dipecat oleh Southampton selepas menamatkan saingan di tempat ke-8 Liga Perdana Inggeris

Puel telah dipecat hanya selepas satu musim beliau di Stadium St Mary’s. Walaupun berjaya membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir EFL League Cup dan berada di tangga ke-8 liga, ianya belum cukup untuk meyakinkan pengurusan tertinggi kelab terbabit.

Hal ini kerana corak permainan yang diterapkan oleh Puel ditafsirkan oleh para peminat sebagai ‘bola sepak yang negatif’ kerana lebih bertahan dan hanya menghasilkan 41 gol dalam 38 perlawanan liga.

Southampton juga gagal untuk menjaringkan gol dalam 5 perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri pada musim dibawah kendalian Puel itu.

Skuad bimbingan Puel itu mencatatkan 20 kemenangan, 20 seri dan 13 kekalahan dalam keseluruhan 53 perlawanan yang dilalui pada musim 2016/17.

Kehilangan beberapa pemain utama ketika membimbing Southampton

Claude Puel telah kehilangan khidmat pemain baru yang dibawa masuk olehnya iaitu Jérémy Pied pada awal musim akibat kecederaan lutut yang memaksa pemain tersebut berehat hingga hujung musim.

Pada bulan Disember, pengurus berusia 56 tahun itu turut kehilangan khidmat penyerang utama, Charlie Austin. Perpindahan ketua pasukan, Jose Fonte ke West Ham dan masalah kecederaan yang dihadapi pemain terbaik mereka, Virgil van Dijk menambahkan lagi kesulitan yang dihadapi Puel.

Memberikan peluang kepada pemain muda

SOUTHAMPTON, ENGLAND – MAY 10: Jack Stephens of Southampton clears from Alexis Sanchez of Arsenal during the Premier League match between Southampton and Arsenal at St Mary’s Stadium on May 10, 2017 in Southampton, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Puel berjaya menyerap masuk beberapa pemain muda dan mengembangkan bakat mereka untuk bersaing di skuad utama, suatu perkara yang positif dilakukan oleh Puel di Southampton.

Pemain-pemain seperti Jack Stephens, Sam McQueen dan Josh Sims telah mendapat peluang untuk beraksi bersama skuad utama.

Mempunyai hubungan baik dengan Arsene Wenger

Hubungan baik mereka terjalin apabila Puel yang ketika itu masih merupakan seorang pemain, pernah mendapat bimbingan dari Wenger sewaktu menjadi pengurus pasukan AS Monaco pada tahun 1987.

Puel hanya beraksi dengan AS Monaco dalam kariernya sebagai pemain dari tahun 1979 hingga 1996, turut pernah bergandingan bersama-sama Glenn Hoddle di Stade Louis II. Puel merupakan pemain yang beraksi di posisi tengah bertahan.

Wenger turut memberikan respon yang positif terhadap pengumuman yang dilakukan oleh Leicester City mengenai perlantikan bekas anak buahnya itu.

”Claude (Puel) seorang yang kompeten, dia seorang pekerja dan sangat fokus terhadap kerjanya,” kata Wenger. ”Saya yakin dia akan terus berkembang dan meningkat maju di Leicester. Mereka (Leicester City) telah melakukan perlantikan yang baik.”

Wenger juga optimis Puel akan dapat bertahan lama untuk berkhidmat di Leicester.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN