Claude Puel Dilantik Pengurus Baru Leicester City

Claude Puel

Pengendali berusia 56 tahun dari Perancis, Claude Puel kini sah dilantik bagi menggantikan Craig Shakespeare untuk menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan Leicester City.

Puel sebelum ini merupakan pengurus Southampton pada musim lalu yang berjaya membawa pasukan tersebut ke perlawanan akhir EFL League Cup dan juga menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ke-8 dengan mencatatkan 46 mata. Beliau kemudiannya dipecat menjelang pembukaan saingan liga musim ini.

Cabaran pertama yang bakal dilalui Puel adalah bertemu satu lagi pasukan yang baru sahaja memecat pengurus mereka iaitu Everton di Stadium King Power.

Sementara itu, Micheal Appleton yang membimbing pasukan ketika menang keatas Swansea City dan Leeds United akan menjadi pembantu kepada Puel.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Leicester City, Puel berkata: ”Ini merupakan perkara yang sangat istimewa dapat menjadi pengurus baru Leicester City, sebuah kelab yang mempunyai nilai dan cita-cita yang rapat dengan saya.”

”Peluang ini adalah untuk membantu kelab bagi mencipta pencapaian yang luar biasa, itu adalah perkara yang menarik dan saya tidak sabar untuk bekerja bersama pemilik, para pemain, kakitangan pasukan dan penyokong untuk memberikan kejayaan.”

Naib Pengerusi Leicester City,  Aiyawatt Srivaddhanaprabha mengatakan bahawa Puel adalah calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu serta membawa pasukan ke arah yang lebih baik dan berjaya.

”Ketika pertemuan dengan Claude  Puel, perhatiannya terhadap kelab sangat terperinci, pengetahuan mengenai pasukan kami, pemahamannya mengenai potensi dan visi pasukan membantu kami mengerti bahawa ianya sungguh mengagumkan,” kata Aiyawatt.

”Beliau pantas menjadi calon yang cemerlang buat kami dan saya gembira kami berpeluang untuk memperkuatkan visi jangka panjang kami sambil dibantu oleh kepakaran yang dimilikinya.”

Puel juga sebelum ini merupakan pengurus di Monaco, Lyon, Lille dan Nice. Beliau pernah membawa Monaco menjuarai saingan Ligue 1 pada tahun 2000.

Dilaporkan Puel berjaya menewaskan saingan dari pengurus Burnley, Sean Dyche, bekas pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini dan legenda Manchester United, Ryan Giggs untuk menduduki kerusi panas di Leicester City ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN