Arab Saudi Rancang Hantar Ramai Pemain Kebangsaan Beraksi Di Eropah

Persatuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) merancang untuk menghantar seberapa ramai pemain daripada skuad kebangsaan beraksi dengan kelab eropah sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Piala Dunia di Russia tahun depan.

Menurut laman bola sepak arab saudi, Ahdaaf.me, SAFF baru sahaja mementeraikan perjanjian MOU dengan pengurusan Liga Sepanyol, La Liga sebagai untuk membolehkan kelab di sana meminjamkan seberapa ramai pemain daripada skuad kebangsaan Arab Saudi untuk beraksi dengan kelab mereka.

Presiden SAFF, Adel Ezzat bersama Pengerusi Sukan Arab Saudi, Turki Al Al-Shaikh telah terbang ke Madrid minggu lepas untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dimana objektif perjanjian mereka ialah untuk menghantar seberapa ramai pemain terbaik dari Arab Saudi beraksi dengan pasukan La Liga sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia 2018.

Al-Shaikh menandatangani perjanjian persefahaman dengan wakil La Liga, Adolfo Bara

Beberapa scout daripada kelab La Liga dijangka akan tiba di Arab Saudi minggu depan untuk melihat bakat pemain yang disenaraikan untuk beraksi di La Liga.

Pemain yang disenaraikan pendek kemungkinan ialah barisan pemain yang akan mewakili Arab Saudi dalam saingan Piala Dunia di Russia. Mereka juga berada dalam rundingan dengan beberapa kelab eropah pada bulan september lalu.

Media dari Arab Saudi turut melaporkan pemain sayap Ittihad, Fahad Al Muwallad sudahpun mencapai persetujuan untuk dipinjamkan ke salah satu kelab Sepanyol yang tidak dinamakan.

Wakil daripada kelab Series A Itali, Torino juga dilaporkan sedang memantau prestasi pemain pertahanan tengah Al-Ahli, Motaz Hawsawi selepas membantu pasukannya menang 3-0 ke atas Jeddah dalam saingan Liga Arab Saudi semalam.

Pertahanan tengah skuad kebangsaan Arab Saudi, Omar Hawsawi berada dalam radar kelab Itali.

SAFF menyasarkan untuk menghantar pemain ke pasukan pertengahan Liga Sepanyol dan Liga Italy tetapi tawaran masih terbuka untuk pasukan ternama dari benua lain.

Beberapa scout daripada kelab eropah juga dijangka akan tiba menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Portugal dengan Arab Saudi pada 10 November depan di Bandar Leiria untuk melihat prospek pemain yang akan dibawa pada pintu perpindahan Januari nanti.

Al-Shaikh turut menubuhkan badan pencari bakat tempatan untuk mencari bakat pemain muda dari seluruh Arab Saudi termasuk pemain naturalisasi yang mempunyai darah campuran seperti bekas pemain remaja Chelsea dan skuad England U17, Mukhtar Ali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN