AFC Pilih Thailand Sebagai Venue Perlawanan Malaysia Menentang Korea Utara

Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di antara Korea Utara menentang Malaysia akan berlangsung di Thailand pada 10 November dan 13 November selepas FA Thailand sudah memberikan persetujuan untuk menjadi tuan rumah untuk kedua-dua perlawanan itu.

Stadium yang akan digunakan untuk perlawanan ini serta waktu sepak mula akan diumumkan kelak oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Setiausaha agung AFC, Dato’ Windsor John berkata, “Kami sangat bersyukur kerana FA Thailand memberikan sokongan mereka untuk mengadakan perlawanan ini. FA Thailand akan berkerjasama memastikan AFC mengekalkan integriti kesukanan dalam pertandingan kelayakan Piala Asia ini ”

Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Minggu lepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memutuskan bahawa perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 di antara Korea Utara dan Malaysia akan berlangsung di gelanggang yang neutral pada bulan November depan.

Jadual asal yang ditetapkan berlangsung di Pyongyang sebelum ini telah ditunda kerana berlaku ketegangan politik diantara Malaysia dan Korea Utara dan juga pengharaman oleh Kerajaan Malaysia pada rakyatnya yang ingin berkunjung ke Korea Utara.

Dari segi kepentingan keadilan pertandingan, telah ditentukan bahawa kedua-dua perlawanan di antara kedua-dua negara akan dimainkan di gelanggang neutral yang sama, dengan Korea Utara sebagai ‘tuan rumah’ pada 10hb November dan perlawanan timbal balik Malaysia akan jadi ‘tuan rumah’ pada 13hb November.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN