Sejak sekian lama format dalam liga bola sepak negara seringkali berubah. Antara format yang pernah digunakan adalah liga sepusingan, liga satu divisyen, kemudiannya liga dua divisyen, pengenalan liga super 8 pasukan dan sebagainya.
Antara yang menarik perhatian adalah format mata tambahan kepada pasukan yang berjaya memenangi sepakan penalti sekiranya kedua-dua pasukan yang beraksi menamatkan 90 minit permainan dengan keputusan seri.
Format tersebut menyaksikan pasukan yang berjaya memenangi sepakan penalti tersebut akan memperoleh 2 mata manakala pasukan yang tewas kekal dengan satu mata.
Format ini telah digunapakai oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada saingan liga tahun 1999.
Berikut adalah statistik mengenai format sepakan penalti tersebut:
1) Sarawak menjadi pasukan yang paling banyak mencatatkan keputusan seri pada musim tersebut dalam saingan Liga Perdana Satu dengan mencatatkan 9 keputusan seri dan berjaya memenangi 6 daripada 9 penentuan sepakan penalti itu.
Sarawak berjaya menewaskan Pahang, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu (2 kali) dan Negeri Sembilan. Sementara itu mereka tewas ketika bertemu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah.
15 mata telah dicatatkan oleh Sarawak dalam penentuan sepakan penalti ini sepanjang musim 1999.
2) Selangor pula menjadi pasukan dalam Liga Perdana Dua yang paling banyak mencatatkan keputusan seri apabila memperoleh 10 keputusan seri dan berjaya menang 6 penentuan tersebut.
Selangor berjaya mencatatkan 16 mata.
3) Brunei Darussalam (Liga Perdana Satu) dan NS Chempaka (Liga Perdana Dua) menjadi dua pasukan yang gagal untuk memenangi sebarang penentuan sepakan penalti tersebut.
Brunei hanya mencatatkan 1 keputusan seri manakala NS Cempaka memperoleh 2 keputusan seri namun gagal untuk menang dalam penentuan penalti itu.
Statistik penuh format mata tambahan penentuan sepakan penalti bagi Liga Perdana Satu
1) Pahang – 5 seri – 2 menang – 3 kalah = 7 mata
2) Pulau Pinang – 8 seri – 5 menang – 3 kalah = 13 mata
3) Negeri Sembilan – 6 seri – 2 menang – 4 kalah = 8 mata
4) Sabah – 7 seri – 4 menang – 3 kalah = 11 mata
5) Kuala Lumpur – 5 seri – 2 menang – 3 kalah = 7 mata
6) Sarawak – 9 seri – 6 menang – 3 kalah = 15 mata
7) Brunei – 1 seri – tiada kemenangan – 1 kalah = 1 mata
8) Terengganu – 7 seri – 4 menang – 3 kalah = 11 mata
9) Perak – 4 seri – 1 menang – 3 kalah = 5 mata
10) Kedah – 8 seri – 4 menang – 4 kalah = 12 mata
Statistik penuh format mata tambahan penentuan sepakan penalti bagi Liga Perdana Dua
1) Johor – 4 seri – 1 menang – 3 kalah = 5 mata
2) Selangor – 10 seri – 6 menang – 4 kalah = 16 mata
3) Johor FC – 5 seri – 1 menang – 4 kalah = 6 mata
4) Perlis – 2 seri – 2 menang – tiada kekalahan = 4 mata
5) Kelantan – 5 seri – 3 menang – 2 kalah = 8 mata
6) Melaka – 3 seri – 2 menang – 1 kalah =5 mata
7) Angkatan Tentera Malaysia – 3 seri – 1 menang – 2 kalah = 4 mata
8) Telekom Melaka – 5 seri – 4 menang – 1 kalah = 9 mata
9) NS Chempaka – 2 seri – tiada kemenangan – 2 kalah = 2 mata
10) TNB Kelantan – 3 seri – 1 menang – 2 kalah = 4 mata