Ikuti analisis daripada kiriman pembaca kami Lazar Fauzanovic untuk perlawnaan separuh akhir 1 Piala Malaysia 2017, di antara Felda United dan Kedah
Kedah gagal mempertahankan kelebihan 1 gol kerana kerapuhan ketika bertahan dengan zonal marking sekali lagi. Perlawanan berakhir 1-1.
Analisis
Formasi Kedah
Kedah bermula dengan 4-2-3-1 di atas kertas, tapi sepanjang separuh masa pertama kedah bergerak didalam 4-4-1-1.
Formasi ini adalah kegemaran Sandro ketika di awal kemunculannya bersama Kedah pada tahun 2015. Peranan no.10 ataupun 9 and a half membolehkan beliau bebas bergerak di zon 14.
Tetapi berbeza untuk kali ini, Mobiliti Sandro merosot! Itulah masalah beliau sejak akhir-akhir ini. Mobilti yang saya maksudkan adalah pergerakan yang aktif bukannya mengukur kelajuannya semata-mata.
Sandro malas bergerak lebih aktif. Oleh kerana kurang mobiliti ini, Felda United dapat menyekat aliran bola dari Liridon ke Sandro. Berlaku limitasi pada peranan no.10. Impaknya melarat ke Ken Ilso.
Beban tugasan Syazwan Zainon
Berlaku ‘workload’ pada Syazwan Zainon. Beliau cuba memperbaiki segalanya di atas kerana fokal pada Sandro itu rosak.
Syazwan secara teknikalnya mengambil alih kerja Sandro di final third dengan melakukan beberapa penetrasi yang amat berbahaya.
Syazwan banyak membantu Sandro dan menutup kelemahan Sandro. Tapi sayang Ken Ilso gagal memanfaatkan beberapa peluang yang ada.
4-3-3 Felda United
Felda seperti biasa 4-3-3. formasi ini mereka guna sejak mereka kembali bersaing di dalam liga dan piala malaysia selepas Mei.
Thiago selaku targetman, Ifedayo dan Wan Zack di bahagian sisi. 2 pemain sayap mereka adalah pencetus utama ancaman sama ada dengan gerakan dan juga kemampuan melakukan percubaan gol.
Kualiti serangan Felda United terutama sekali 2 pemain sayap mereka amat merisaukan untuk pasukan seperti Kedah.
Jika anda lihat balik sebab kenapa Sarawak bangkit di Kuching tempoh hari, salah satu sebabnya adalah kelemahan pertahanan Kedah berhadapan pemain sayap yang lincah. Mujurlah Kedah tidak dihukum lebih banyak kali ini.
Pelan serangan Felda United
Ada 2 fasa yang saya gariskan. Pertamanya, pada separuh masa pertama ianya tertumpu kepada Ifedayo. Namun agak kurang efektif dari segi ‘distribution’.
Namun begitu, beberapa siri pertahan Kedah yang ‘mengantuk’ membuatkan Felda masih mampu memecah masuk sehingga jauh ke dalam pertahanan Kedah.
Sathia menyedari Ifedayo kurang tajam. Jadi pada fasa kedua di separuh masa kedua, Sathia telah mengalihkan serangan daripada Ifedayo ke Wan Zack pada separuh masa kedua.
Ternyata ianya lebih berkesan kerana banyak ancaman bahaya yang datang dari arah Wan Zack.
Perubahan taktikal separuh masa kedua
Nidzam Adzha mungkin sedar 4-4-1-1 beliau agak kucar kacir dan kembali semula dengan 4-2-3-1. Sekali sekala akan berubah menjadi 4-1-4-1 apabila menyerang.
Nidzam cuba memperbaiki diconnection di antara Sandro dan Liridon yang mempengaruhi sistem serangan Kedah.
Jadi, dalam sistem 4-2-3-1, ianya lebih semulajadi seperti biasa. Ketika menyerang Liridon akan naik ke atas dan di biarkan Amirul Hisyam di bawah sebagai pivot tunggal.
Sebab itu kita dapat lihat Sandro lebih turun ke bawah pada separuh masa kedua. Kerana ini adalah sistem yang biasa kita lihat dimainkan pasukan Kedah. Liridon naik jauh ke atas, Sandro akan membekalkan sokongan depth.
Felda United turut melakukan pertukaran dengan membawa masuk Norshahrul pada separuh masa kedua.
Ini merupakan fasa kedua yang saya sudah sentuh di atas. Perubahan dalam sistems serangan mereka kini berfokalkan Wan Zack dalam formasi 4-2-3-1.
Zah Rahan turun sedikit, membiarkan Norshahrul, Wan Zack dan Ifedayo di bahagian serangan dan Thiago sebagai targetman seperti biasa.
Apa peranan Zar Rahan?
Ramai penyokong merasakan Zar Rahan tidak efektif dan ada ralat posisi. Anda silap, jika anda cerna dan lihat betul-betul peranan beliau, Zar Rahan adalah penstabil (stabilizer) kepada sistem Felda United di tengah.
Zar Rahan bermain dalam peranan yang dinamik mirip box to box. Beliau membunuh/menghancurkan (destroying) Liridon dan juga Sandro yang agak lemah dalam perlawanan ini.
Saya pun tidak faham bagaimana pemain ini dipilih pemain terbaik. Mungin hanya kerana 1 sepakan penalti yang menyumbang kepada gol?
Ternyata Zah Rahan melakukan kerjanya dengan baik, kerana tak banyak yang mampu dilakukan Liridon dan Sandro .
Zonal Marking Kedah jadi perhatian
Sudah muak untuk berbicara soal ini. Saya masih tidak faham, kenapa Kedah masih nak menggunakan zonal marking terutama sekali ketika situasi bola mati. Sedangkan sistem ini dah banyak kali menjadi bom jangka yang membunuh mereka sendiri!
Ketika diserang balas, Kedah mudah panik dan pemain terlalu cepat melakukan terjahan. Sedangkan antara peraturan zonal marking, pemain harus bijak kembali ke zon mereka dan melambatkan gerakan lawan.
Ada beberapa gerakan dari Felda yang boleh menghukum Kedah, namun sayang mereka gagal memanfaatkannya.
Pertahanan Kedah saya rumuskan kepada 2 aspek. Dari aspek teknikal, mereka bermain baik. Terutama dalam situasi 1 v 1. Tetapi dari segi bertahan dalam unit, ini yang harus diperbaiki!
Isu baru Kedah, walking pace secara berjemaah
Ketika menyerang Kedah seperti terlalu teruja dengan menaikkan sehingga 6-8 orang pemain di atas. Namun organisasi 8 pemain ini tidak jelas dengan apa yang mereka cuba lakukan.
Nak dikatakan overload the box tactic, tak juga. Nak dikatakan untuk membentuk lebih kombinasi permainan untuk menjadi lebih fluid pun tidak berlaku kali ini.
Ramai pemain yang naik ke atas dan kemudiannya dalam keadaan ‘walking pace’.
Mereka tidak tahu apa harus dibuat dalam unit seramai itu. Mana pembentukan ‘square’, ‘triangle’ untuk mewujudkan 4 v 2 ataupun 3 v 1 di zon tertentu dengan pemain yang ramai.
Penilaian
Perlawanan ini kurang gol kerana 2 penyerang prolifik Thiago dan Ken Ilso boleh dikatakan ‘isolated’ daripada organisasi. Kurangnya servis dan juga beberapa siri kelemahan teknikal.
Ini yang membuatkan pertarungan ini seperti tiada penyerang! Felda memiliki pemain tengah yang lebih baik dari segi keinginan untuk menjaringkan gol berbanding Kedah.
Nidzam Adzha ada kerja rumah yang berat. Beliau perlu perbaiki connection di antara pemain tengah, no.10 dan no.9.
Seterusnya, Nidzam Adzha ada isu dengan pengurusan pemain simpanan. Beliau terlalu lambat membuat pertukaran.
Kedah dalam keadaan mendahului 1 gol dengan bahagian serangan agak bergelut di hadapan gol, seharusnya pertukaran lebih kepada menambahkan depth untuk bertahan bukannya untuk menyerang!
Akhirnya, Felda membalas gol itu dengan bola mati. Dan puncanya? Ya! Zonal Marking yang cuai dan banyak ball watching.
Untuk B. Sathianathan, beliau tiada masalah sangat dari segi taktikal, cuma beberapa pemain mereka agak kurang tajam dalam beberapa situasi.
Felda adalah pasukan yang lebih berhak menang dalam perlawanan ini, dan Kedah boleh menganggap ini keputusan yang baik.
B. Sathianathan boleh dikatakan lebih baik dalam isu pertukaran pemain dan taktik pada kali ini.
Pemain terbaik pilihan penulis
Syazwan Zainon (Kedah)
Tanpa Syazwan Zainon, Kedah tidak akan dapat apa-apa dari cara mereka menyerang. Saya akui Wan Zack Haikal juga berhak mendapat anugerah ini.
Namun dengan mengambil kira Syazwan yang banyak melakukan larian masuk dan memenangi penalti yang membawa kepada bekalan away goal, jadi itulah kelebihan yang sangat sedikit berbanding dengan Wan Zack Haikal.
Nota Editor: Anda mahu analisis anda dibaca jutaan peminat bola sepak tanah air? E-mail ke [email protected]. Format microsoft words 400-800 patah perkataan.