Nasir Basharudin Mahu Rakan Sepasukan Manfaatkan Peluang Beraksi Di Laman Sendiri

Mohamad Nasir Basharudin mahu rakan sepasukannya memanfaatkan peluang beraksi pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 di laman sendiri bertemu Johor Darul Takzim (JDT) malam ini bagi membawa bekalan yang lebih selesa untuk kunjungan balas ke Larkin minggu hadapan.

Nasir yang ditemui Semuanya BOLA selepas sesi latihan pasukan Perak di Padang Pernama, Ipoh petang semalam membayangkan peluang tersebut perlu digunakan sepenuhnya untuk menjadi bekalan berguna buat skuad The Bos Gaurus.

”Harapan pada perlawanan esok (malam ini) tidak lain dan tidak bukan iaitu mendapatkan kemenangan serta bekalan selesa untuk kami bawa ke Larkin nanti.”

”Sejujurnya JDT sangat kebal di tempat mereka sendiri dan tugas berat pasti menanti kami disana nanti. Oleh itu peluang perlawanan pertama di Ipoh ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh kesemua pemain Perak untuk mencapai kemenangan seterusnya mencari bekalan yang selesa pada perlawanan kedua nanti,” kata pemain tengah berusia 27 tahun tersebut.

Nasir Basharudin
Nasir cuba menghalang asakan yang dilakukan Nathaniel Clyne pada perlawanan persahabatan diantara Pilihan Malaysia bertemu Liverpool pada tahun 2015.

Nasir yang merupakan pemain paling lama berkhidmat untuk Perak ketika ini berbanding pemain yang lain dalam pasukan turut mengharapkan agar gawang yang dikemudi Hafizul Hakim Khairul Nizam tidak dibolosi pada perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu.

”Seperkara lagi yang penting buat kami adalah tidak membiarkan pintu gol kami dibolosi untuk mengelakkan JDT mendapat kelebihan jaringan ditempat lawan.”

Nasir turut merasai mood dan motivasi rakan sepasukannya berada di tahap yang terbaik menjelang perlawanan yang dijangka berlangsung dengan sengit itu.

”Rakan sepasukan menunjukkan semangat dan motivasi yang sangat positif untuk menghadapi perlawanan bertemu JDT ini. Daripada latihan yang kami lalui dibawah kendalian ketua jurulatih, Mehmet Durakovic juga dapat melihat mood para pemain begitu baik dan kami sudah bersedia untuk berjuang.”

Pemain yang pernah mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada untuk menyertai kem skuad negara sebelum ini turut menyifatkan kebanjiran para penyokong Perak malam ini turut akan membuatkan semangat para pemain begitu membara.

”Saya dengar tiket untuk perlawanan ini sudah habis dijual dan mereka pastinya akan memenuhi segenap ruang stadium. Perkara ini membuatkan semangat kami semakin membara untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri.”

”Saya harapkan semua peminat dapat mendoakan kejayaan buat pasukan.”

Nasir Basharudin sebelum ini beraksi di bahagian tengah bertahan, namun selepas kehadiran Leandro Dos Santos pada pertengahan musim menyebabkan Mehmet Durakovic memilih untuk meletakkannya di sayap kanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN