Wales Disingkirkan Republik Ireland Di Hadapan Penyokong Sendiri

Saingan kumpulan D adalah 3 penjuru di antara Serbia, Wales dan Republik Ireland. Inilah kedudukan kumpulan D sebelum sepak mula

Wales memulakan perlawanan dengan baik sekali. Mereka banyak menyerang ke kubu lawan. Boleh dikatakan mereka menguasai kesemua aspek permainan kecuali gol.

Sayangnya pada minit ke-57, pertahanan sambil lewa oleh Wales yang cuba membina gerakan dari bawah telah kehilangan bola di kawasan sendiri.

Hendrick bersungguh-sungguh memastikan bola tidak keluar dan melakukan hantaran lintang dalam keadaan pertahanan Wales terperangkap dan membuka ruang yang besar kepada McClean.

McClean antara penjaring gol prolifik Republik Ireland dalam kempen kelayakan kali ini memastikan bola itu gol.

https://twitter.com/101greatgoals/status/917484029263470594

Rep. Ireland hanya melakukan 2 percubaan tepat dalam perlawanan ini. Mereka bertahan dengan penuh disiplin. Di tempat penyokong Bale semakin resah melihat perjuangan rakan-rakannya di dalam padang.

Pasti sahaja di dalam hatinya mahu turun membantu pasukan beliau. Kecederaan Bale sedikit sebanyak ada memberikan impak kepada Wales.

Wales gagal menyamakan kedudukan walaupun pengadil memberikan lebih 5 minit masa kecederaan.

Wales tersingkir daripada pusingan akhir Piala Dunia selepas cemerlang mara ke separuh akhir Euro 2016.

Dalam satu lagi perlawanan, Serbia memastikan mereka layak secara automatik selepas menang ke atas Georgia 1-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN