Penganalisis EPL Adrian Clarke membentangkan analisis beliau tentang sistem pertahanan Manchester City. Berikut adalah 3 rumusan daripada analisis beliau:
1. Bertahan di blok tinggi
Ianya adalah ‘high line pressing’ ataupun counterpressing. Apa sahajalah yang anda mahu gelarkan ia.
Guardiola musim ini jelas sudah memperbaiki aspek ini untuk memastikan sistem beliau berjalan lancar dan aspek pertahanan yang lebih baik daripada musim lalu.
Manchester City kali ini turut meningkatkan aspek penguasaan bola. Ini yang membuatkan pasukan lawan mereka kurang bola dan barisan belakan mereka tidak terdedah dengan banyak ancaman.
Setakat ini, City sudah melakukan 5 clean sheets daripada 7 perlawanan.
Ketika perlawanan menentang Chelsea, Manchester City efesien dengan penguasaan bola. 78% daripada penguasaan bola mereka adalah di kawasan pihak lawan.
2. Kualiti penjaga gol yang lebih baik
Ederson ternyata wira yang membuatkan pertahanan City nampak lebih baik musim ini. Ini adalah statistik beliau berbanding dengan 2 penjaga gol City dalam 2 musim terakhir.
Ederson juga lebih efektif dalam tugasan menyapu ancaman dari belakang berbanding dengan Bravo dan Caballero. Paling penting adalah ratio bolos beliau yang sangat rendah!
3. Formasi
Musim ini City hanya bergantung kepada 2 formasi asas iaitu 3-4-1-2 dan juga 4-3-3. Musim lalu mereka bergelut untuk mencari formasi terbaik mereka pada awal musim.
Fernandinho, Silva dan De Bruyne setakat ini muncul dalam kesemua perlawanan EPL Manchester City. Ini telah menguatkan lagi keserasian di bahagian tengah.
Zon tengah itu adalah zon yang paling mustahak mahu dikuasai oleh Guardiola. Fernandinho sangat berdisiplin ketika bertahan dan mereka sangat cepat bertindak untuk memenangi semula bola.
Jadi, bahagian pertahanan akhir mereka kali ini lebih dilindungi berbanding dengan musim lalu.
Rumusan
Sistem tekanan di garisan/blok tinggi yang dinamik dan bertenaga membuatkan City musim ini tidak membenarkan lawan mereka mengancam ke kubu mereka lebih kerap.
Jadi, aspek penguasaan bola juga ditingkatkan kerana kemampuan mereka untuk memenangi semula bola sebelum ianya tiba di kawasan pertahanan mereka.
Tiada unit pertahanan di EPL melakukan clearances lebih rendah daripada City. Itu antara rumusan yang jelas, mereka bertahan di zon hadapan!