4 Penyerang Ini Kurang Menyerlah Ketika Beraksi Bersama Manchester City

Manchester City

Nama Sergio Aguero sudah pasti menjadi bualan seandainya kita berbicara mengenai jentera serangan Manchester City. Penyerang berusia 29 tahun dari Argentina itu sudah berjaya menjaringkan 128 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang mula disertainya pada Mei 2011.

Sebelum kehadiran Aguero di kem Manchester City, beberapa penyerang diharapkan untuk memberikan kegemilangan buat kelab tersebut namun gagal untuk memberikan impak yang positif buat pasukan.

Artikel pada kali ini cuba untuk menyingkap beberapa pemain penyerang Manchester City yang gagal memberikan sumbangan yang diharapkan oleh kelab tersebut.

1) Jo 

Manchester City

Penyerang Brazil yang direkrut dari CSKA Moscow oleh Mark Hughes pada Julai 2008 dengan nilai £19 juta, yang merupakan rekod pembelian kelab ketika itu.

Manchester City baru sahaja diambil alih oleh Abu Dhabi Investment Group dan menjadikan mereka sebagai kelab terkaya di dunia.

Jo hanya mampu menjaringkan satu gol dalam sembilan perlawanan liga dan kemudiannya dipinjamkan ke Everton pada pertengaham musim.

Selepas hanya dipinjamkan ke Everton (2 musim) dan Galatasaray, Jo akhirnya pulang ke Brazil untuk beraksi di tanah airnya pada tahun 2011.

2) Bernardo Corradi

 

Pemain dari Itali ini dibawa masuk oleh Stuart Pearce daripada Valencia. Perlawanan sulung beliau bersama Manchester City sudah menunjukkan petanda beliau tidak mampu untuk menyinar apabila dilayangkan kad merah setelah menerima dua kuning pada perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Corradi perlu menunggu hingga perlawanan ke-13 untuk menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris. Ketika itu Manchester City berjaya menundukkan Fulham 3-1 dan Corradi berjaya menghasilkan dua gol pada perlawan tersebut di minit ke-12 dan 32.

Berselang tiga perlawanan selepas itu, beliau sekali lagi menerima kad merah apabila dilayangkan dua kad kuning pada perlawanan ‘Derbi Manchester’.

Satu lagi jaringan beliau adalah ketika tewas 2-1 ditangan Portsmouth pada bulan Februari.

Hanya menjaringkan tiga jaringan dan dua kad merah sepanjang musim 2006-07 membuatkan Sven Goran Eriksson yang mengambil alih tugas selaku pengurus, meminjamkan pemain Itali tersebut ke Parma pada musim berikutnya.

Pada tahun 2008, beliau berhijrah ke satu lagi pasukan Itali iaitu Reggina.

3) Rolando Bianchi

Seorang lagi pemain dari Itali yang berkelana ke Manchester City dan ketika itu City dibawah kendalian Sven Goran Eriksson yang mendapat suntikan dana dari bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada tahun 2007.

Beliau sekadar menyumbangkan empat gol dalam saingan liga sebelum dilepaskan ke Itali untuk dipinjamkan pada musim yang sama.

Bianchi menjadi perhatian apabila beliau menyerlah bersama Reggina pada musim sebelumnya apabila menjadi pemain utama kelab tersebut dan meletakkan namanya sebagai antara penjaring terbanyak liga ketika itu.

Beliau bernilai hampir £8.8 juta dan telah diberikan jersi bernombor 10. Satu harapan besar jelas diberikan kepadanya.

Bianchi berjaya menjaringkan gol pada penampilan sulungnya dalam saingan liga untuk membantu City mengalahkan West Ham United di Upton Park.

Tiga jaringan lagi dihasilkan pada tiga perlawanan liga berturut-turut ketika menentang Tottenham Hotspur, Bolton Wanderers dan Aston Villa.

Bianchi lantang mengkritik makanan dan juga budaya penggunaan alkohol disana, kemudiaannya pada Januari 2008 telah dipinjamkan ke Lazio. Musim berikutnya beliau berpindah ke Torino untuk meneruskan kariernya dalam bola sepak.

4) Giorgios Samaras

Penyerang dari Greece ini hadir ke Manchester City pada Januari 2006 dari Heerenveen. Samaras mempunyai reputasi yang baik ketika bersama kelab dari Belanda tersebut serta menjadi buruan beberapa kelab di Eropah.

Penyerang berketinggian 6 kaki 4 inci ini memberikan harapan buat para penyokong City untuk menjadi peledak yang berkualiti buat kelab.

Namun beliau hanya mampu menyumbangkan lapan gol dalam tiga musim dan kemudiannya ke berpindah ke Celtic pada tahun pada musim 2008-09.

Sumber :

Mail Online (2017) – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4941138/The-100-worst-strikers-Premier-League-history-40-21.html

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN