Dalam satu perlawanan bola sepak di Tanzania, penjaga gol pasukan pelawat mahu melengahkan perlawanan yang berbaki 20 minit.
Dari awal lagi beliau membuatkan penyokong di dalam stadium geram kerana melengahkan perlawanan selepas mereka mendahului.
Namun pada minit ke-70, penjaga gol tersebut sekali lagi mahu melengahkan perlawanan selepas menyelamatkan sepakan percuma pasukan tuan rumah.
Tetapi kali ini dia agak bernasib malang kerana penyerang bernama Alas lebih pantas kali ini. Bola tersebut berjaya di’cucuk’ ketika penjaga gol cuba menangkapnya.
Namun yang lebih menarik perhatian kami adalah reaksi penyokong di dalam stadium itu, ‘savage’!
Only in #Tanzania 😂😂😂😂😂 pic.twitter.com/fpMb6AGXIU
— Kanyoni-Ka-JAH 🇰🇪 (@SteveChegge) October 3, 2017
Kami yakin, anda akan memberikan reaksi serupa jika di tempat penyokong tersebut. ‘Time wasting’ itu sentiasa membuatkan pasukan yang sedang ketinggalan rasa geram.