Lewat 14 Saat, FIFA Tidak Melayan Permintaan Leicester Untuk Daftarkan Adrien Silva

Leicester City sebelum ini menganggap mereka sudah berjaya mendaftkarkan Adrien Silva pada hari terakhir (deadline day).

Pihak FA England menutup aktiviti perpindahan pada pukul 11 malam pada hari terakhir. Namun pasukan-pasukan yang sudah bersetuju dengan kelab penjual diberikan masa 2 jam lagi untuk selesaikan urusan dokumen terakhir.

Namun begitu, dokumen Leicester City menerusi FA England dilaporkan diterima oleh FIFA lewat 14 saat.

Mereka telah merayu kes ini pada pihak FIFA kerana mereka berpendapat, mereka tidak lewat dan masih menyelesaikan urusan pada pukul 1 pagi. FA England cuba membantu Leicester untuk meluluskan perpindahan itu.

FIFA pula bertegas bahawa dokumen itu lewat 14 saat. Leicester dan FA England membalas, mereka lewat kerana ada beberapa dokumen tambahan perlu dicetak. Dokumen prinsipal telah siap lebih awal.

Leicester juga memberitahu yang sebelum ini, mereka pernah lewat 25 saat daripada masa yang diberikan, tetapi ia masih diterima.

Namun begitu, FIFA tetap menolak permintaan itu dan menganggap peraturan harus dihormati. Secara teknikal Silva adalah pemain Leicester namun hanya boleh didaftarkan di dalam pasukan pada Januari nanti.

Adrien Silva sebelum  sudah pun meminta satu sesi ucapkan selamat tinggal kepada penyokong ada rehat separuh masa ketika perlawanan menentang Porto sebelum ini.

Kini Silva tidak akan bermain bola sepak kompetitif selama 3 bulan. Ini adalah pengajaran kepada pasukan yang suka buat kerja saat akhir!

Leicester kini bercadang membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Mereka tetap dengan pendirian mereka bahawa 14 saat itu masih dalam lingkungan 1 pagi ataupun pukul 1:00:14 pagi.

Apa pandangan anda? Adakah anda menyokong tindakan FIFA? Dan kenapa FA England bersungguh-sungguh hendak membantu Leicester di dalam hal ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN