Casemiro adalah pemain yang meningkat naik mendadak sejak menyertai Real Madrid terutama sekali selepas era Zinedine Zidane menjadi pengurus.
Baca juga: Analisis: Casemiro, Sang Pemusnah Penting Dalam Skuad Real Madrid
Kini pemain ini menerima satu lagi penghargaan daripada jurulatih kebangsaan Brazil, Tite yang melantik beliau sebagai kapten untuk perlawanan menentang Bolivia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.
Tite buat masa ini masih belum mengumumkan siapa kapten utama Brazil. Sejak hari pertama beliau menguruskan Brazil, sudah banyak pemain diuji bakat (audition) oleh beliau
Miranda dan Daniel Alves 2 kali memakai lilitan tersebut dan pemain-pemain lain juga sudah merasai menjadi kapten termasuk Thiago Silva, Marcelo, Filipe Luis, Fernandinho, Renato Augusto, Coutinho, Neymar, Paulinho dan Robinho.
Ini adalah kali pertama Casemiro menjadi kapten di dalam pasukan beliau, dan lebih teruja bagi beliau untuk menjadi kapten Selecao.
Casemiro:
📅 2012: Sao Paulo 👶
📅 2013: Real Madrid B 🇪🇸
📅 2014: Porto Loan 🇵🇹
📅 2016: Won UCL at Real 🏆
📅 2017: Named Brazil Captain 🇧🇷 pic.twitter.com/dF2AzBNt4V
— SPORF (@Sporf) October 4, 2017
“Ianya kebangaan tak terhingga untuk saya menjadi kapten skuad kebangsaan. Berada di sini pun sudah cukup bangga bagi saya apatah lagi menjadi kapten. Saya tidak mampu gambarkan ia dengan kata-kata apabila hari ini saya menjadi kapten Brazil.”
Casemiro menjadi pemain penting dalam revolusi Brazil di bawah Tite selepas kempen Piala Dunia yang memalukan di bumi mereka sendiri. Mereka dibelasah Jerman 1-7 di hadapan penyokong mereka walaupun cemerlang pada pusingan awal.
Casemiro efektif bermain pivot kembar dengan Paulinho untuk melindungi bek berempat.
Sumber