Manchester United meneruskan permulaan tanpa kalah musim ini. Kali ini mereka menewaskan Palace dengan keputusan 4-0.
Ini sekaligus menjadikan pasukan Crystal Palace melalui 7 perlawanan dengan semua kekalahan dan tanpa menjaringkan walaupun sebarang gol.
Juan Mata menjaringkan gol pembukaan untuk Manchester United seawal minit ke-3. Manchester United sangat dominan di dalam perlawanan ini.
Pemain terbaik perlawanan, Marouane Fellaini melakukan voli menarik selepas menerima hantaran Ashley Young. Fellaini menambah satu lagi gol dengan tandukan dari jarak dekat pada awal separuh masa kedua.
Marouane Fellaini's game by numbers vs. Crystal Palace:
90% pass accuracy
52 passes
3 aerial duels won
3 interceptions
2 shots
2 goals pic.twitter.com/Oyh5PciS5E— Squawka (@Squawka) September 30, 2017
Hari cemerlang Manchester United disimpulkan dengan aksi gol Lukaku yang memastikan United menang 4-0.
Lukaku kini sudah menjaringkan 11 gol daripada 10 penampilan pertama bersama-sama Manchester United. Tidak lupa juga, gol beliau adalah hasil satu lagi assist daripada pemain yang disisihkan Perancis, Anthony Martial.
Manchester United berada di tangga teratas untuk beberapa jam kerana City selepas itu menang tipis 0-1 ke atas Chelsea. United kini telahpun menjaringkan 33 gol dalam 11 perlawanan.
Ini juga kemenangan ke-4 Manchester United dengan jaringan 4-0 musim ini.
Crystal Palace mencipta rekod terburuk dalam sejarah Liga Inggeris sejak 129 tahun pada minggu lalu. Tiada lagi kelab sebelum ini yang pernah kalah 6 perlawanan tanpa sebarang gol.
Minggu ini, mereka menambahkan lagi statistik yang tidak diingini itu. Palace juga berhadapan dengan krisis kecederaan Benteke dan bergantung kepada pemain sayap, Bakary Sako untuk menjadi no.9