Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang kita tidak boleh jangka. Contohnya adalah musibah.
Bola sepak juga tidak dapat lari dari itu, terdapat beberapa kali dunia bola sepak diuji dengan insiden malang seperti tragedi runtuhan stadium.
Oleh itu, artikel kali ini akan menceritakan mengenai 5 tragedi stadium yang pernah berlaku dalam dunia bola sepak.
5. The Second Ibrox Disaster (1971)
Sejarah hitam bagi bola sepak Scotland berlaku pada tahun 1971 ketika Rangers menentang Celtic.
Dalam perlawanan yang dilangsungkan di Ibrox yang merupakan gelanggang Rangers, perlawanan tersebut terikat dengan jaringan 0-0 sehingga minit ke-89.
Namun begitu, Celtic berjaya menjaringkan gol pada minit-minit terakhir permainan dan gol itu nyata mematahkan hati ribuan penyokong Rangers yang hadir ketika itu.
Ramai penyokong Rangers mula pulang ke stadium sebelum perlawanan tamat kerana kecewa, namun terdapat sesuatu yang berlaku di pintu nombor 13 di stadium tersebut.
Penghalang yang berada di pintu 13 itu mengalami masalah dan kemudiannya memberikan kesan kepada penonton yang lalu di pintu tersebut.
Hasilnya, 66 mangsa terkorban dengan mereka terperosok sedalam 6 kaki ke bawah.
200 lagi mangsa pula mengalami kecederaan.
4. Tragedi Guatemala (1996)
Tragedi yang berlaku ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia ini menyaksikan majoriti mangsanya adalah terdiri daripada kanak-kanak.
Insiden yang berpunca dari tiket palsu ini telah menyebabkan kehadiran lambakan penyokong ke stadium menyebabkan jumlah penyokong yang hadir melebihi nilai kapasiti stadium.
Hal ini terjadi selepas ramai penyokong cuba untuk menembusi laluan konkrit ke dalam stadium. Selain itu, pelbagai perkara turut berlaku seperti penyokong bergaduh sesama sendiri ketika kekecohan turut menjadi punca tragedi.
Tragedi ini meragut 84 nyawa pada ketika itu.
3. Tragedi Heysel (1985)
Peristiwa hitam ini berlaku ketika perlawanan akhir European Cup di antara Liverpool dan Juventus.
Ia berakar umbi dengan peristiwa pada tahun 1984 apabila penyokong Liverpool diserang penyokong AS Roma. Maka dendam itu dibawa ke perlawanan menentang Juventus pada tahun 1985.
Dilangsungkan di Stadium Heysel yang sudah dimamah usia, penyokong Liverpool pergi menyerang kawasan penyokong Juventus sejam sebelum perlawanan dilangsungkan.
Ketika diserang, penyokong Juventus berundur ke sebuah tembok yang kemudiannya runtuh dan membunuh 39 nyawa.
Selepas itu, penyokong kelab Itali itu mula melakukan kekecohan dengan bergaduh dengan pihak polis dan membaling botol.
2. The Luzhniki Disaster (1982)
Tragedi ini berlaku di Rusia ketika perlawanan UEFA Cup di antara Spartak Moscow dan juga HFC Haarlem.
Dek kerana kehadiran yang cukup rendah, pihak stadium hanya membuka satu bahagian stadium sahaja iaitu di bahagian timur (east stand).
Hanya 1 pintu keluar sahaja dibuka, ketika Spartak Moscow mendahului 1-0 majoriti penyokong sudah mula keluar menggunakan pintu tersebut.
Namun di minit akhir permainan, Spartak Moscow menjaringkan gol kedua dan ada penyokong yang kembali ke tempat duduk.
Tragedi bermula apabila penyokong yang mahu kembali semula ke tempat duduk bertembung dengan penyokong yang mahu pulang ke rumah.
Hasil dari pertembungan di pintu keluar itu, ia telah meragut lebih 66 nyawa. Namun menurut mereka yang berada di tempat kejadian, jumlah mangsa yang terkorban dan cedera adalah sekitar 340 orang!
Perkara ini telah disorokkan dari pengetahuan dunia oleh pihak Rusia yang ketika itu sebahagian dari Kesatuan Soviet dan perkara sebenar mengenai peristiwa ini telah disimpan rapi.
1. Hillsbrough Tragedy (1989)
Tragedi yang sehingga kini masih lagi diperjuangkan oleh penyokong Liverpool untuk mendapatkan keadilan berlaku ketika perlawanan FA Cup menentang Sheffield Wednesday.
Ia bermula sejak di pintu masuk lagi apabila lebihan penyokong Liverpool melebihi jumlah kapasiti yang boleh ditampung untuk bahagian tempat duduk pasukan pelawat (away section).
Kira-kira 5 ribu penyokong Liverpool cuba untuk masuk ke stadium sedangkan terdapat jumlah yang ramai yang sudah berada di dalam.
Pihak keselamatan cuba untuk membuka pintu untuk mengeluarkan sejumlah penyokong, namun ia kemudiannya menjadi pintu masuk selepas penyokong mula merempuh masuk melaluinya.
Tragedi ini mengorbankan 95 nyawa dengan lebih 700 orang cedera. Jumlah mangsa menjadi 96 orang selepas seorang mangsa akhirnya meninggal dunia selepas 4 tahun koma.
Sumber:
- Odd Culture (2017): HISTORY’S TOP 15 WORST SOCCER DISASTERS; http://oddculture.com/historys-top-15-worst-soccer-disasters/3/