FPL: Tips Untuk Pasukan Anda Pada Minggu Ke-7 Saingan EPL!

Hujung minggu ini merupakan minggu ke-7 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan dilangsungkan. Sudahkah anda mengemaskini pasukan FPL anda untuk saingan pada minggu ini?

Kami tampil dengan sedikit tips pada minggu ini. Anda mungkin sudah maklum bahawa Sergio Aguero, Benjamin Mendy dan juga Serge Aurier adalah antara pemain yang sudah sah tidak akan beraksi pada hujung minggu ini.

Selain daripada itu, anda turut harus berhati-hati jika mahu memilih Phil Jones. Jones tidak diturunkan ketika United berhadapan dengan CSKA Moscow, dan Mourinho belum pasti jika Jones sudah berada pada tahap terbaik untuk beraksi pada hujung minggu ini.

Ketiadaan Benteke mungkin akan menyaksikan Mourinho mempertaruhkan Victor Lindelof untuk digandingkan bersama Eric Bailly.

Seorang lagi pemain yang anda harus pertimbangkan untuk tidak berada di dalam pasukan ialah Jonas Lossl. Penjaga gol Huddersfield ini akan berhadapan dengan Harry Kane dan rakan-rakan pada minggu ini.

Tottenham Hotspur telah menjaringkan 11 gol dalam 5 aksi terakhir di tempat lawan setakat ini. Ini bermakna Lossl adalah risiko besar bagi setiap pasukan FPL atau akan menjadi keuntungan jika beliau berjaya menafikan Kane dan rakan-rakan di hadapan gawang.

Berikut, kami tampilkan 5 lagi pemain yang harus dipertimbangkan oleh anda untuk minggu ke-7 saingan EPL.

1. Anthony Martial (Manchester United)

Posisi: Pemain tengah
Nilai: £8 juta
Mata: 26

Anthony Martial mungkin beraksi secara bergilir-gilir dengan Marcus Rashford, namun prestasi semasa pemain dari Perancis ini amat menakjubkan sejak permulaan musim.

Martial telah menjaringkan 3 gol dan menghasilkan 1 bantuan gol hanya di dalam tempoh 127 minit aksi di EPL.

Anda menyaksikan perlawanan Champions League pada pertengahan minggu yang lalu? Martial menjaringkan 1 gol, menyumbang 2 bantuan gol dan turut terlibat dalam gerakan satu lagi gol yang dijaringkan United dalam kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow.

Setakat ini Martial hanya dimiliki oleh 2.6% pemain di FPL. Adakah Martial akan memperagakan lagi prestasi hebatnya menentang Crystal Palace pada hujung minggu ini?

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

2. Alexandre Lacazette (Arsenal)

Posisi: Penyerang
Nilai: £10.3 juta
Mata: 30

Pemain seperti Romelu Lukaku, Harry Kane dan juga Alvaro Morata adalah pilihan utama kebanyakkan pemain FPL di jentera serangan. Agak mengejutkan Alexandre Lacazette agak terasing daripada menjadi pilihan.

Pemain yang baru menyertai Arsenal pada musim panas ini memulakan kempen musim pertamanya dengan agak cemerlang setelah menjaringkan 4 gol daripada 6 perlawanan.

Namun Lacazette hanya berada di dalam 12.2% pasukan FPL yang bertanding.

Hujung minggu ini boleh menjadi satu lagi peluang untuk Lacazette untuk menyinar apabila Arsenal menjadi tuan rumah kepada Brighton di Emirates.

Lacazette jelas jenis pemain yang gemar menghiburkan penyokong pasukan sendiri apabila kesemua 4 jaringannya setakat ini dijaringkan di Emirates.

Alexandre Lacazette
(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

3. Kieran Trippier (Tottenham)

Posisi: Pertahanan
Nilai: £5.4 juta
Mata: 20

Ketibaan Serge Aurier dan prestasi hebat Ben Davies untuk posisi bek kiri dan kanan telah merencatkan peluang Kieran Trippier untuk diturunkan secara lebih kerap di dalam kesebelasan utama.

Menentang Huddersfield pada hujung minggu ini mungkin akan membuka satu lagi peluang membuktikan kemampuannya kepada Pochettino.

Aurier tidak akan bermain ketika berhadapan dengan Huddersfield kerana pergantungan akibat layangan kad merah yang diterimanya minggu lalu ketika berhadapan dengan West Ham.

Trippier harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Pemain pertahanan ini hanya dimiliki oleh 3.3% pemain di FPL setakat ini.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

4. Gabriel Jesus (Manchester City)

Posisi: Penyerang
Nilai: £10.4 juta
Mata: 29

Gabriel Jesus terpaksa mengambil peranan sebagai penyerang No.2 di belakang Sergio Aguero setakat ini di Manchester City.

5 penampilan Jesus bersama City setakat ini berakhir dengan pemain ini dikeluarkan sambil Guardiola membenarkan Aguero beraksi sehingga wisel penamat.

Jesus dan Aguero adalah gandingan yang mantap, tetapi penyerang dari Brazil itu bukan watak utama pilihan Guardiola.

Minggu ini Jesus mempunyai peluang untuk membuktikan siapa selayaknya menjadi watak utama jentera serangan City selepas Aguero bakal tersisih buat seketika selepas kemalangan yang membuatkan beliau patah tulang rusuk dialaminya baru-baru ini.

5 gol daripada 5 perlawanan, adalah bukti keupayaan Jesus. Pada harga £10.4 juta, Jesus adalah pilihan yang lebih murah daripada Lukaku atau pun Kane.

. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

5. Xherdan Shaqiri (Stoke City)

Posisi: Pemain tengah
Nilai: £5.9m
Mata: 20

Jika anda adalah salah seorang pemain yang aktif bermain FPL sejak beberapa musim yang lalu, kami yakin anda pernah sekurang-kurangnya mempertimbangkan Xherdan Shaqiri di anda.

Atau anda memasukkan Shaqiri ke dalam pasukan anda untuk beberapa perlawanan sebelum menggugurkan kembali kerana isu konsistensi yang dimiliki oleh pemain ini.

Shaqiri adalah jenis pemain yang mampu menghasilkan magis dengan rembatan deras dari kaki kirinya, namun kurang memperagakan kehebatannya itu sejak tiba di England.

Namun permulaan musim ini memberikan data yang berbeza. Pemain antarabangsa Switzerland ini dilihat sudah menjumpai aspek konsistensi dalam permainan beliau.

14 peluang yang berjaya dicipta oleh Shaqiri adalah lebih daripada 2 kali ganda apa yang dihasilkan oleh rakan sepasukannya di Stoke.

(Photo by Steve Feeney/Action Plus via Getty Images)

Rumusan

Bagaimana? Anda sudah menggunakan Free Hit atau pun Wild Card? Atau anda sekadar akan mengoptimumkan 1 free transfer yang diperuntukkan?

Pertimbangkan 5 pemain ini. Siapa tahu, pasukan FPL anda mampu menghasilkan mata yang lebih baik pada minggu ke-7 ini.

Jangan lupa kemaskini pasukan anda!

Sumber:

1. Premier League (2017): Scout Selection: Lacazette forms triple threat; https://www.premierleague.com/news/484132

2. Oliver Young-Mills, Squawka (2017): Five to pick and three to avoid: Fantasy Football tips for gameweek 7; http://www.squawka.com/news/five-to-pick-and-three-to-avoid-fantasy-football-tips-for-gameweek-7-analysis/995114#uutGDwFBo4pZYp2l.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN