TSAM Minta KAFA Jangan Buang Masa Bincangkan Status Beliau

Baru-baru ini, Presiden KAFA mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menentukan status Tan Sri Annuar Musa di dalam organisasi tersebut selepas tamat Liga Super.

Ini untuk mengetahui sama ada TSAM akan masih kekal sebagai penasihat KAFA ataupun apa sahaja kemungkinan.

Semalam TSAM telah membuat kenyataan balas di facebook rasmi beliau dan memberitahu yang KAFA tidak perlu membuang masa memikirkan tentang status beliau. TSAM dilantik menjadi penasihat KAFA pada musim ini.

Beliau telah berjaya membawa masuk semula Mohamed Ghaddar ke dalam pasukan Kelantan dan menjadikan pemain tersebut pemain termahal dalam sejarah Liga Malaysia ketika menjual beliau ke JDT.

Tan Sri Annuar Musa juga telah mencadangkan KAFA melantik Alfredo Gonzalez sebagai pengarah teknikal dan banyak lagi usaha beliau.

Selepas pertukaran di pucuk kepimpinan KAFA, terdapat persoalan sama ada KAFA akan masih mengekalkan TSAM sebagai penasihat mereka atau sebaliknya.

Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani menyatakan beliau akan menyemak semula isu itu selepas tamat Liga Super dan fokus utama kini adalah untuk cuba kekal dalam Liga Super.

Bibi Ramjani akan cuba berbincang tentangnya dalam mesyuarat exco kelak. TSAM menjawab kenyataan Bibi Ramjani dan berkata:

“Status saya?….Status saya tak perlu dibincang kerana ia telah tamat pada kongres yang lalu.”

“Jika tidak silap saya jawatan penasihat tidak wujud lagi dalam statut KAFA. Ia hanya keputusan exco KAFA yang lalu yang dibuat secara pentadbiran sahaja.”

“Waktu itu saya tidak menerima atau menolaknya. Sekarang exco baru sudah terbentuk. Mereka tidak perlu bergantung pada penasihat. Sebaik baik penasihat adalah exco itu sendiri.”

“Saya sendiri tidak berhasrat menjadi Penasihat kerana saya tidak layak memegang jawatan yang tinggi itu. Saya insyaallah akan jadi penyokong sahaja. Itu sudah cukup.”

“Saya percaya presiden dan exco baru berkeupayaan untuk melaksanakan segala tugas seperti mana di sebut dengan jelas di dalam manifesto.”

“Saya yakin beliau mampu dan saya percaya bola sepak Kelantan akan kembali hebat dan bakal menjulang kejuaraan demi kejuraan di peringkat tertinggi. Insyaallah!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN