Zahasmi Ismail: “Kami Tumpul Dan Nasib Tidak Menyebelahi”

Tamat perlawanan di antara Kelantan dan PKNS FC sebentar tadi, jurulatih Kelantan nyata kecewa dengan kegagalan pasukan beliau bermain dengan lebih baik.

Pasukan Kelantan seri tanpa jaringan dengan PKNS FC dalam perlawanan terakhir mereka di Kota Bharu musim ini.

Zahasmi menggariskan isu ketumpulan di hadapan gol meskipun beliau sudah memasukkan kesemua penyerang yang ada di dalam pasukan beliau.

Ketika ditanya oleh Ainaa Suzaily tentang pengurusan baru yang sudah memberikan sesuatu yang positif. Kami yakin ia merujuk kepada usaha KAFA di bawah Bibi Ramjani yang melangsaikan tunggakan gaji kesemua pemain.

Namun angin baru dalam pengurusan KAFA tetap gagal memberikan motivasi lebih kuat kepada pasukan Kelantan.

Zahasmi Ismail mengakui beliau berterima kasih dengan pengurusan yang baru kerana perkembangan positif dalam beberapa minggu di bawah presiden baru.

Namun beliau menyatakan Kelantan antara pasukan yang tidak bernasib baik di dalam perlawanan.

Penyerang muda Kelantan, Daniel Asyraf berjanji akan memberikan aksi yang terbaik di dalam perlawanan terakhir mereka, dalam usaha untuk kekal di Liga Super.

Sebagai rekod, Kelantan gagal menang dalam kesemua 9 perlawanan terakhir di Liga Super. Mereka hanya megutip 3 mata daripada 27 yang ditawarkan, itupun hasil daripada 3 keputusan seri.

Kelantan akan berhadapan dengan Melaka dalam perlawanan terakhir mereka di tempat lawan. Melaka adalah pasukan yang berada dalam prestasi yang terbaik dalam 3 perlawanan terakhir.

Mereka menang kesemua 3 perlawanan terakhir tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN