Coleen Rooney Mahu Suaminya Putuskan Persahabatan Dengan Wes Brown

Coleen Rooney masih sayangkan mahligai beliau dengan suaminya Wayne Rooney. Meskipun ada laporan menyatakan Coleen mahu menuntut cerai daripada Wayne Rooney selepas insiden ditangkap memandu dalam keadaan mabuk.

Paling pedih untuk Coleen, apabila kereta yang dipandu Rooney milik Laura Simpson yang merupakan gadis liar dan kaki peleseran. Laura mengakui dia dan Rooney keluar tetapi tidak lebih daripada berparti.

Terbaru, Coleen Rooney mahu suaminya meninggalkan tabiat mabuk dan judinya. Lantas, nama bekas rakan sepasukan Rooney, Wes Brown dipetik oleh Coleen.

Coleen sudah tidak tahan dengan perangai Wes Brown yang dikatakan memberikan pengaruh negatif kepada suaminya. Rooney pula haruslah menjaga namanya sebagai figura umum.

Pada Mei lalu, Wes Brown dan Wayne Rooney kalah £500,000 dalam masa 2 jam di sebuah kasino di bandar Manchester.

Coleen juga meminta agar Rooney mengurangkan aktiviti bercuti dengan kawan-kawannya dan lebih menjadi ‘family man’, meluangkan masa lebih banyak dengan keluarga terutama sekali anak-anak beliau.

Rumah tangga Rooney dilaporkan dalam detik paling sukar. Ini selepas isterinya dalam keadaan mengandungkan anak mereka yang keempat.

Diharap Wayne Rooney dan keluarganya terus kekal bahagia. Sudah-sudahlah nakal tu Rooney. Tentang Wes Brown tu kami tak mahu komen.

Sumber:

Metro – http://metro.co.uk/2017/09/26/coleen-rooney-tells-wayne-to-stop-gambling-and-end-friendship-with-wes-brown-6955841/#ixzz4tocXbl2e

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN