Sepakan Percuma Minit Akhir Tuan Borhan Hadiahkan 3 Mata Buat Island FC

Aksi Terengganu Amateur League (TAL2017) kini memasuki fasa pertengahan dengan kesemua pasukan terutamanya pasukan utama sudah mula untuk memastikan tempat di kelompok peringkat 4 teratas setiap divisyen.

Kelompok 4 teratas setiap divisyen memberikan jaminan tempat untuk beraksi dalam kejohanan pasca liga yang akan dilangsungkan sebaik liga tamat.

Liga Super

Saingan bagi Liga Super menyaksikan 3 keputusan seri dengan jaringa 1-1 terhasil pada minggu ke-6.

Kebilal Markless diikat 1-1 oleh CND FC dengan menyaksikan kedua-dua gol perlawanan itu dijaringkan dalam tempoh masa 3 minit sahaja!

Mohammad Rozaimi menjaringkan gol untuk CND FC terlebih dahulu pada minit ke-45 sebelum Khairul Hafizan menyumbat gol penyamaan pada minit ke-48 untuk Kebilal Markless.

UMT-Pemanis FC pula diikat 1-1 oleh TFFC dengan Mohd Syukirin meletakkan UMT-Pemanis FC di hadapan pada minit ke-55.

20 minit kemudian pada minit ke-77, TFFC memperoleh jaringan penyamaan menerusi Muhammad Akib untuk menyelamatkan 1 mata buat mereka.

Delima Warriors pula dikecewakan oleh Separa Elit dalam perlawanan yang turut berakhir dengan jaringan 1-1.

Mereka menjaringkan gol seawal minit ke-22 menerusi penyudah Muhammad Syafiq sebelum gol Musalman Kamal pada minit ke-63 memberikan 1 mata buat Separa Elit.

Perlawanan diantara Island FC menentang Perkasa Alam terpaksa ditentukan sehingga minit-minit terakhir permainan!

Hal ini kerana sepakan percuma minit akhir oleh Tuan Borhan pada minit ke-90 memberikan gol tunggal serta 3 mata buat Island FC!

Gambar: TAL

Hanya perlawanan melibatkan PBSMT-Lanjerket menentang Gemuda FC sahaja yang menyaksikan jaringan melebihi 3 gol dihasilkan dalam saingan Liga Super minggu ini.

Dalam perlawanan yang dimenangi PBSMT-Lanjerket itu, Shafiq Azam telah muncul dengan persembahan cemerlang dengan 2 jaringan pada minit ke-55 dan minit ke-79.

Satu gol lagi terhasil hasil jaringan Muhammad Hafizam pada minit ke-82.

Liga Perdana

Untuk saingan Liga Perdana, hanya 1 sahaja perlawanan yang dicatatkan dengan keputusan seri pada minggu ke-6.

Keputusan seri itu terhasil ketika aksi melibatkan Besut FA menentang Real Chukai.

Dalam perlawanan yang berakhir dengan jaringan 1-1 ini, Syahid Azrai meletakkan Besut FA di hadapan pada minit ke-13 sebelum Ameer Efdhan menyamakan kedudukan pada minit ke-58 untuk Real Chukai.

Young Titans pula tewas di tangan Sixma FC dengan jaringan 1-0.

Gol terhasil menerusi penyudah Muhammad Nasrullah pada minit ke-45.

Pikat FA merakamkan kemenangan selesa apabila menewaskan BGD FC dengan jaringan 3-0.

Mohd Shamil cemerlang apabila menjaringkan 2 gol pada minit ke-42 dan juga minit ke-86.

Satu gol lagi Pikat FA terhasil menerusi jaringan Mohd Salam pada minit ke-74.

Perlawanan ini juga tercemar apabila pemain Pikat FA iaitu Mohd Hasanuddin dilayangkan kad merah pada minit ke-80 oleh pengadil perlawanan.

Tidak ketinggalan ialah pasukan Ayahanda FC yang juga mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Curve FC!

Ahmad Farhan meletakkan Ayahanda FC di hadapan pada minit ke-26 menerusi sepakan penalti sebelum ditambah dengan jaringan Che Mohd Hakimi pada minit ke-37.

Gol Tuan Amiruddin pada minit ke-50 melengkapkan kemenangan selesa Ayahanda FC pada minggu ke-6.

Dalam perlawanan antara BTK FC menentang ETE FC, 5 gol tercatat dalam perlawanan epik ini!

BTK FC mendahului menerusi jaringan Hilmi Hisyam pada minit ke-25 sebelum disamakan menerusi jaringan Ahmad Syazni untuk ETE FC pada minit ke-45.

BTK FC menambah 2 lagi jaringan menerusi Ikhwan Hilmi pada minit ke-54 dan juga Muhammad Hanafi pada minit ke-80.

ETE FC cuba untuk mendapatkan sesuatu dari perlawanan ini namun jaringan dari Muhammad Zuhairi pada minit ke-89 sudah terlambat untuk memberikan makna kepada mereka.

Berikut merupakan keputusan penuh TAL2017 bagi minggu ke-6:

Liga Super

  • Gemuda FC 0-3 PBSMT-Lanjerket
  • Kebilal Markless 1-1 CND FC
  • UMT-Pemanis FC 1-1 TFFC
  • Island FC 1-0 Perkasa Alam
  • Delima Warriors 1-1 Separa Elit

Liga Perdana 

  • BGD FC 0-3 Pikat FA
  • Young Titans 0-1 Sixma FC
  • Curve FC 0-3 Ayahanda FC
  • BTK 3-2 ETE FC
  • Besut FA 1-1 Real Chukai

Berikut merupakan kedudukan TAL2017 selepas 6 perlawanan:

Liga Super

Liga Perdana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN