Kecewa Dengan ‘Rating’ FIFA 18, Dele Alli Tak Akan Pakai Dirinya Sendiri

Satu persatu pemain meluahkan kekecewaan dengan ‘rating’ FIFA 18. Terbaru adalah Dele Alli. Beliau seakan-akan memberikan jari tengah kepada EA Sports selepas melihat ‘rating’ beliau.

Pemain muda sensasi England dan Spurs ini menyatakan yang beliau tidak mahu menggunakan dirinya di dalam permainan video tersebut.

Dele Alli diberikan ‘rating’ 84 oleh FIFA 18. Beliau berpendapat yang angka tersebut tidak tepat dan sepatutnya lebih tinggi.

Rating Alli adalah sama dengan pemain seperti Sami Khedira, Sadio Mane dan Dani Alves. Alli memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik PFA untuk 2 musim berturut-turut.

Beliau berkata kepada wartawan:

“Jujurnya, saya tidak rasa yang saya akan menggunakan diri saya dalam permainan FIFA 18 sebab ‘rating’ saya tidak memuaskan hati dan tidak cukup bagus.”

“Saya tidak sanggup bermain dengan diri saya sendiri sehingga ia benar-benar realistik.”

Beliau akan menanti kemaskini FIFA selepas ini dan berharap pihak EA menaikkan sikit ‘rating’ tersebut. Barulah beliau akan bermain mod karier dengan dirinya sendiri.

Rating Alli tersebut adalah yang ke-29 tertinggi di EPL. Dalam pasukan Spurs ada beberapa pemain yang lebih tinggi daripada beliau iaitu Jan Vertonghen, Toby Alderweireld, Harry Kane, Christian Eriksen dan Hugo Lloris.

Adakah anda rasa Alli berhak mendapat lebih daripada 84?

Sumber

Goal – http://www.goal.com/en-au/news/im-going-to-refuse-to-play-with-myself-alli-outraged-at-fifa/h2luev240pi21pfeifbty3zud

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN