Bibi Ramjani, Wanita Pertama Menjadi Presiden KAFA

Bibi Ramjani Ilias Khan nampaknya mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya mengatasi calon lain untuk memenangi jawatan Presiden KAFA yang baharu.

Kemenangan Bibi Ramjani itu diumumkan dalam Kongres Tahunan KAFA ke-63 semalam. Bibi Ramjani akan memegang jawatan itu untuk penggal 2017-2021.

Beliau adalah wanita pertama yang menjawat jawatan Presiden KAFA selepas berjaya mendapat 32 undi. Menewaskan calon pilihan Muhammad Nasir yang memperolehi 19 undian.

Seramai 52 wakil persatuan bola sepak daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) telah mengundi.

Datuk Seri Afandi Hamzah berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden KAFA selepas menewaskan Datuk Rosmadi Ismail.

Sebelum ini Bibi Ramjani berjanji akan menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda KAFA. Bibi Ramjani bercakap kepada Utusan Online yang beliau berjanji akan memastikan tiada lagi masalah tunggakan gaji.

“Saya seorang yang berpengalaman di dalam perniagaan. Dengan kepakaran yang ada pada saya, saya akan memastikan kewangan KAFA stabil musim hadapan. Dan saya juga akan memastikan KAFA membayar semua hutang.”

“Tiada lagi masalah tunggakan gaji sekiranya saya dipilih.”

Beliau juga tidak meletakkan sebarang syarat khas yang berkaitan dengan kepentingan perniagaan beliau sekiranya terpilih.

Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kali ini tidak menduduki mana-mana kerusi di dalam pengurusan KAFA. Ini selepas beliau sendiri menarik diri daripada pengurusan KAFA meskipun awalnya diumumkan ada tercalon.

TSAM turut mengucapkan tanhiah kepada Bibi Ramjani. Beliau juga berharap semua pihak menyokong sepenuhnya presiden serta organisasi pengurusan baru yang telah dipilih.

“Tahniah kepada Bibi Ramjani dan seluruh saf yang telah dipilih oleh perwakilan.”

“Selamat menjalankan amana, semoga maju bola sepak Kelantan.”

“Rapatkan saf dan beri segala sokongan kepada mereka yan telah dipilih demi kemajuan KAFA dan bola sepak Kelantan.”

“Sekarang adalah masa untuk bekerja dan mengotakan janji. Selamat maju jaya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN