Kenali 10 Pemain Yang ‘Setia’ Dalam Saingan Liga Perdana Inggeris (Bahagian 1)

Bukan mudah untuk melihat seseorang pemain dapat kekal bersama satu pasukan dalam jangka masa yang lama mahupun menamatkan karier sebagai ‘One Man Club’ seperti yang dilakukan oleh Paolo Maldini dan Francesco Totti di AC Milan dan AS Roma terutamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun sukar namun masih terdapat beberapa pemain yang telah membarisi pasukan mereka dalam tempoh yang lama dalam saingan EPL.

Mari kita saksikan 10 pemain ‘setia’ yang menggalas tanggungjawab bersama pasukan yang disertai mereka lebih dari 10 tahun dalam karier bola sepak mereka di England.

1) Tony Hibbert (Everton) 

Pemain berusia 36 tahun ini telah menghabiskan seluruh sisa kariernya bersama kelab Merseyside tersebut bermula tahun 1998 hingga 2016. Hibbert juga merupakan produk akademi Everton yang mula beraksi sejak tahun 1990.

Beliau yang sudah beraksi sebanyak 329 penampilan bersama Everton dalam semua pertandingan, tidak pernah menjaringkan gol disepanjang penampilannya di atas padang.

26 tahun yang dicurahkan Hibbert menjadikannya antara salah seorang wira dihari penyokong The Toffees.

Liga Perdana Inggeris
Kredit foto: Gettyimages

2) Ledley King (Tottenham Hotspur)

King menjadi pujaan di kelab London itu apabila telah melakukan 321 penampilan dalam semua kejohanan bersama Tottenham sehingga tahun 2012.

Beberapa kecederaan yang dihadapi telah menghalang untuk membuat lebih penampilan bersama kelab itu.

Memulakan karier remaja pada tahun 1996 dan seterusnya membarisi skuad utama Tottenham Hostpur pada 1999, King turut berupaya menjaringkan 15 gol buat pasukan sepanjang kariernya.

Pemain kelahiran London ini juga berjaya menyarung jersi kebangsaan England bagi peringkat umur 16, 18, 21 dan juga skuad senior. Beliau telah membuat 21 kaps bersama England sekitar tahun 2002 hingga 2010.

Chelsea pernah berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan kental ini pada awal tahun 2000, namun King memilih untuk terus kekal setia di White Hart Lane.

Kredit foto: Gettyimages

3) Jamie Carragher (Liverpool)

Pemain pertahanan kental ini pula telah menabur bakti bersama Liverpool selama 17 tahun dari 1996 hingga 2013.

Beliau mencatatkan 737 kali penampilan bersama pasukan dan menjadikannya sebagai pemain kedua paling tinggi membuat penampilan buat pasukan yang penuh dengan tradisi itu.

150 aksi di kejohanan Eropah juga meletakkan beliau sebahagian daripada rekod kelab. Carragher telah menghabiskan masa selama 10 tahun sebagai pembantu ketua pasukan dan pernah merasai nikmat memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan Piala UEFA.

Beliau juga turut pernah mengecapi kejuaraan Piala Liga, Perisai Komuniti dan Piala FA.

Walaupun memulakan karier remajanya bersama pasukan jiran, Everton, tetapi 17 tahun bersama Liverpool adalah satu nostalgia yang menjadi kenangan indah buat Carragher dan penyokongnya di The Reds.

Kredit foto: Gettyimages

4) John Terry (Chelsea)

Legenda dihati penyokong The Blues ini telah menikmati 22 tahun yang indah bersama Chelsea.

Dilabelkan sebagai antara pertahanan terbaik di dunia, Terry berjaya mengemudi Chelsea memperoleh kejayaan Liga Juara-Juara Eropah, Piala UEFA, 5 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 Piala FA dan 3 Piala Liga.

Terry juga membuat 78 penampilan bersama England dan menjaringkan 6 gol. Karier indahnya di Chelsea pula dilalui dengan 717 perlawanan.

Beliau turut berjaya menjaringkan 67 gol di sepanjang penampilannya bersama Chelsea. Rekod jaringan yang begitu menarik untuk diperkatakan buat seorang pemain pertahanan.

John Terry kini beraksi bersama Aston Villa di Liga Championship.

Kredit foto: Gettyimages

5) Gary Neville (Manchester United)

Neville memberikan khidmat yang tidak ternilai buat United selama 20 tahun. Selepas setahun berada dalam skuad remaja (1991), Neville berjaya mendapat tempat di Old Trafford hingga tahun 2011.

20 trofi kejuaraan telah berjaya diraih beliau sepanjang pembabitannya bersama Manchester United.

Antara kejayaan yang diraih adalah 2 kejayaan Liga Juara-Juara Eropah dan 8 kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Neville telah beraksi sebanyak 602 perlawanan buat United dengan 7 jaringan dihasilkan manakala 85 penampilan bersama England berjaya dilakukan yang turut merupakan rekod England.

Kredit foto: Gettyimages

6) Matthew Le Tissier (Southampton)

Nama beliau mungkin kurang popular berbanding pemain lain dalam senarai ini, namun Le Tessier telah memulakan kariernya di Southampton pada tahun 1985 sehingga 2002.

Beliau juga membuat penampilan sebelum Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada 1992/93.

Berjaya menghasilkan 209 gol dalam 540 penampilan belum cukup untuk menjadikan beliau sebagai pemain yang terpilih untuk membarisi skuad kebangsaan England. Le Tissier hanya beraksi dalam 8 perlawanan di peringkat antarabangsa.

Walaupun merupakan antara penjaring terbaik ketika generasinya, beliau tidak mahu untuk berpindah ke pasukan yang lebih besar. Penyokong Southampton yang begitu teruja dengan kesetiaannya telah menggelarkan Le Tissier dengan panggilan ‘Le God’.

Beliau merupakan penjaring kedua terbanyak dalam sejarah kelab dan menjadi pemain Liga Perdana Inggeris pertama mencatatkan 100 gol.

Le Tissier juga merupakan pakar dalam menyempurnakan sepakan penalti apabila hanya gagal dalam satu sepakan daripada 48 sepakan yang dimiliki.

Kredit foto: Gettyimages

7) Tony Adams (Arsenal)

Pertahanan legenda Arsenal dan England ini membuat kemunculan di zaman remajanya pada tahun 1980. 3 tahun kemudian beliau mula telah bersama skuad utama Arsenal sehinggalah tahun 2002.

Sepanjang tempoh itu, Adams telah beraksi sebanyak 669 perlawanan buat The Gunners dan menjaringkan 48 gol.

Beliau membuat 65 penampilan bersama skuad England

Sama seperti Le Tissier, Adams juga beraksi sebelum Liga Perdana Inggeris diperkenalkan.

Adams membantu Arsenal menjuarai 4 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 3 Piala FA, UEFA Cup Winner’s Cup dan 2 Piala Liga.

Kesetiaan Adams dihargai Arsenal yang menyaksikan patung beliau telah didirikan di luar Stadium Emirates sebagai tanda penghargaan buatnya.

Kredit foto: Gettyimages

8) Paul Scholes (Manchester United)

Antara pengumpan bola terbaik dalam sejarah England dan Manchester United. Rembatan padu dan merupakan tonggak penjaring gol juga antara aset penting yang dimiliki Scholes.

Dalam pada masa yang sama beliau merekodkan 97 kad kuning dalam Liga Perdana Inggeris manakala mengumpul 37 kad kuning dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Scholes yang beraksi sejak tahun 1993 hingga 2013 bersama United telah menjaringkan 155 gol daripada 718 perlawanan bersama kelab.

Dalam penampilan bersama skuad kebangsaan pula, Scholes menghasilkan 14 gol daripada 66 perlawanan peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan pemain ketiga paling banyak beraksi untuk Red Devils dan meraih 25 kejuaraan. Antaranya 2 kali menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah dan 11 kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kredit foto: Gettyimages

9) Steven Gerrard (Liverpool)

Jeneral tengah berpengaruh yang merupakan legenda hidup di Anfield. Pengaruhnya turut membantu Liverpool meraih kejuaraan dramatik dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah 2005/05 di Istanbul.

Beraksi dalam 710 perlawanan bersama dan telah menghasilkan 186 gol sepanjang kariernya dalam bola sepak bersama Liverpool dari tahun 1998 hingga 2015.

Gerrard juga telah membuat 114 penampilan bersama England dan menyumbang 21 gol buat The Three Lions.

Bermula dengan bermain di Akademi Liverpool pada usia 9 tahun, kini Gerrard menjadi salah seorang staff kejurulatihan di Anfield.

Kredit foto: Gettyimages

10) Ryan Giggs

Merupakan antara pemain terbaik yang pernah dilahirkan Wales. Giggs beraksi dan turut menjaringkan gol pada setiap musimnya dalam Liga Perdana Inggeris.

Telah mengecapi 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 2 Liga Juara-Juara Eropah, 4 Piala FA dan 3 sebagai pemenang Piala Liga.

Pemain sayap ini pada asalnya bermula di Manchester City ketika zaman remaja, namun Giggs menabur bakti sejak tahun 1990 hingga 2014 di Old Trafford.

Kredit foto: Gettyimages

Menjadikan beliau sebagai pemain paling banyak beraksi dalam perlawanan kompetitif dan meraih gelaran bersama United.

Giggs berjaya melakukan 963 penampilan dan berjaya menghasilkan 168 gol buat Manchester United.

Bagaimanapun Giggs kurang menyerlah di Wales apabila hanya menjaringkan 12 gol dalam 64 penampilan bersama negaranya.

Pada tahun 2012, Giggs mewakili Great Britain dalam temasya Sukan Olimpik di London dan menyumbangkan 1 gol dalam 4 perlawanan.

Kredit fotomanchesterunited-fansclub.blogspot.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN