Aksi Final TM Piala Malaysia 2017 Berlangsung Di Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan venue perlawanan akhir bagi TM Piala Malaysia 2017 yang menyaksikan Stadium Shah Alam telah dipilih untuk menjadi lokasi pilihan bagi perlawanan akhir edisi ke-91 itu.

Dalam kenyataan tersebut, pihak FMLLP pada mulanya telah merancang untuk menjadikan 28 Oktober sebagai tarikh asal perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 dan dijadualkan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Stadium Shah Alam

Namun oleh kerana memberikan laluan kepada persiapan skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, jadual pertandingan Liga Malaysia telah dipinda seterusnya tarikh 4 November telah dipilih sebagai tarikh baru perlawanan akhir tersebut.

Pada tarikh itu, Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana stadium berkenaan telah ditempah untuk kegunaan acara lain.

Stadium Shah Alam yang dipilih sebagai lokasi gantian disifatkan sebagai pilihan terbaik dengan melihat kepada beberapa aspek antaranya kapasiti 80 ribu tempat duduk penonton dan juga berpengalaman dalam pelbagai penganjuran perlawanan akhir sebelum ini seperti perlawanan akhir Piala Malaysia 2016, Piala FA 2017 dan juga Sukan SEA 2017.

 

Kredit info : FMLLP

Kredit foto : Utusan & FMLLP

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN