Pochettino Akan Tanduk Aurier Jika Pemain Itu Buat Hal Di Spurs

Mauricio Pochettino berseloroh memeberitahu media yang beliau akan menanduk (headbutt) Serge Aurier jika pemain tersebut buat hal teruta sekali di luar padang.

Aurier sebelum ini dilaporkan banyak masalah dengan pengurus PSG, Laurent Blanc dan juga Unai Emery. Ini selepas Aurier seringkali menimbulkan kontroversi di luar padang.

Antara kontroversi Aurier adalah, menyerang polis. Aurier beberapa kali digantung oleh kelab kerana salah laku beliau.

Pada Februari tahun lalu, Aurier menghadiri sesi soal jawab dengan penyokong. Aurier telah mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan.

Aurier bergurau di hadapan penyokong memberitahu pengurus mereka Laurent Blanc ada hubungan seks oral dengan Ibrahimovic.

Beliau juga telah mengeluarkan kenyataan yang menghina beberapa rakan beliau yang lain termasuk Angel Di Maria, Gregory van der Wiel dan Salvatore Sirigu.

Pochettino ditanya wartawan sama ada beliau sudah bercakap dengan Aurier akan hal-hal seperti itu. Pochettino menjawab:

“Saya dah cakap dengan dia,’saya akan bunuh awal’. Saya akan tanduk awak.”

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Serge Aurier memang antara bek sisi yang menjadi perhatian banyak kelab besar di Eropah. Namun kontroversi dan gaya hidup (life style) Aurier membuatkan dia mendapat publisiti yang teruk dan popularitinya semakin menurun.

Musim lalu, Aurier hilang tempat di dalam pasukan utama PSG.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN